"Berdosakah aku meroyan?"
Kisah benar ibu meroyan sebab tak jaga pantang... diceritakan exclusive buat 9bulan10hari.... ------------------------------------------------------------------------------ Aku & kakak lahir dan dibesarkan dalam keluarga yang panas baran, yang suka pukul kami... kalau cakap pasal kasih sayang... memang tak pernah kami rasa. Kakak bercinta & berkahwin dengan Zack. Aku nampak dia happy sebab nak merasa kasih sayang.... rupanya tak, sebab abang ipar aku kaki perempuan. Tapi kakak aku ni jenis tak suka besarkan problem walaupun setiap kali abang ipar aku balik dengnan bau perfume perempuan & kesan lipstik sana sini. Masa kakak aku mengandung ni, aku yang beli apa yang dia nak & apa yang dia mengidam. Kesian kakak. Abang ipar? dia ada yang lain... Aku perasan kakak aku stress, sebab mata dia bengkak selalu & dia murung. Aku kesian dengan kakak aku & baby dalam perut. Masa deliver baby, kakak aku lain sangat, darah dia keluar banyak, lukanya koyak dengan teruk. Masa dia berpantang, dia yang jaga anak sedara aku ni sorang sorang. One day masa aku baru sampai, dia letak pisau di leher anak sedara aku ni. Dia cakap sorang sorang. Alhamdulillah aku dpt selamatkan keadaan walaupun tangan aku yang kena kelar. (panjang story tu). Bertungku, mengurut mandi herba semua tu takda. Masa aku ada kat rumah aku yang masak. Tapi masa aku masuk kampus, kakak aku makan apa yang ada. Aku dapat tahu dia makan maggi tiap hari. Ikan keli & kekacang pun dia makan. Ada sekali tu aku mintak pelepasan 1 sem cuti (6bulan) untuk jaga kakak aku. Masa tu aku nampak dia ada 2 watak. Kejap kejap dia happy kejap tak. Aku confused. Aku research & tanya doktor. Doktor bagitau kakak aku meroyan. Allah... Kakak aku alami tekanan yang sangat teruk dalam hidup dia. Dia tak dapat kasih sayang. Dia tak pernah dilayan. Dia hidup dalam keadaan penuh tertekan. Dan punca paling teruk dia meroyan lebih 3 kali dia bentan masa pantang sebab langgar pantang. Semua kerja rumah dia buat. Allah..... Jiran panggil kakak aku gila. Macam macam diorang cakap. Kalaulah masa pantang kakak aku pantang betul betul, takkan jadi macam ni. Bidan kampung pun pesan, perempuan boleh meroyan sepanjang hidupnya kalau dia langgar pantang. Luka teruk, susu kurang, makan ikut suka, darah melimpah keluar, tidur dalam aircond, tak pakai stokin, bertungku mengurut naikkan batu meriyan pun tidak, semua tu punca kakak meroyan! Dah banyak tempat aku bawak berubat. Doktor kata kakak hanya akan pulih kalau dia happy balik. Tu pun akan ambik masa lama..... Keadaan kakak aku sekarang sama saja. Kalau dia rasa nak sayang dia sayang tapi kalau dia rasa nak pukul anak, dia pukul saja =( Allah tau macam mana perasaan aku tengok kakak kandung aku sendiri macam ni. Aku message penulis 9bulan10hari dan minta dia share cerita aku ni sebab aku betul betul nak abang abang & kakak kakak semua tahu betapa susahnya hidup kalau tak jaga pantang. Aku harap korang (abang abang & kakak kakak) ambiklah berat pasal hamil & pantang ni... banyakkan baca ilmu ilmu macam ni. Jangan jadi macam kakak aku. Aku, Adik yang sayang kakak tapi kakak 'gila' =( Doakan kakak aku... --------------------------------------------------------------------------------- Ya Allah, jauhkanlah setiap wanita daripada melalui meroyan & penyakit penyakit pelik. aamiin... Allahuakhbar, ketika penulis bersembang dengan 'aku', penulis pun dah sebak.... sebab siapa yang sanggup tengok orang yang dia sayang sakit tanpa dia sedar..... Kepada anda yang dikurniakan suami yang baik & support anda selalu... bersyukurlah & hargainya.... Kepada suami yang tidak begitu menyayangi isteri, percayalah anda mungkin menjadi penyebab isteri meroyan. Banyak ilmu yang setiap lelaki & wanita perlu ambil tahu. Dalam buku 9bulan10hari saya sudah selitkan banyak kata kata penuh motivasi buat pasangan suami isteri. Lalui tempoh kehamilan, kelahiran, berpantang & membesarkan anak anak dengan happynya. Banyak tips & rahsia kehamilan saya kongsikan disitu. Like & share info ini jika prihatin dengan wanita lain..... ==================================================== Copyright Nazira Nazir buat 9bulan10hari sahaja! Tidak dibenarkan copy paste mana mana bahagian ayat kecuali diletakkan kredit asal penulisan 9bulan10hari. ==================================================== |
Nazira Nazir+ Penulis buku ArchivesCategories
All
|