Jaga perangai masa mengandung.. anak dalam perut tu pandai copy paste perangai mak ayah dia.13/1/2017 Keadaan psikologi seorang ibu hamil sangat mempengaruhi janin.
Maknanya kalau mak ni rajin tengok drama isteri tuan Ihsan (walaupun dah lama abis kan...) anak yang dikandung ni pun akan terjebak jugak ka nanti? hehe... Maybe 50-50... kalau ibu hamil ni siang malam...sepanjang 9bulan10hari hamil asyik ulang ulang tengok Aaron Aziz & Amyra Rusli ja... berkemungkinan juga anak tu akan ada unsur unsur comel & 'degil' macam Amyra rusli. =P Sebab tu orang tua tua selalu sangat pesan, jangan marah marah, satgi kena kat anak. Kalau ibu hamil ni suka sangat marah marah, menangis & emosi tak tentu... berkemungkinan besar anak yang lahir nanti nampak sedih saja. Macam tu jugak sebaliknya. Kalau masa pregnant dok happy happy & fikir positif saja, anak yang lahir nanti peribadi, watak & kata kata dia akan sangat positif. Apa yang mommies kena buat? - Banyakkan baca Al-Quran & surah amalan ibu hamil (tips & surah lengkap di dalam buku 9bulan10hari). - Bercerita kisah teladan para Nabi sambil usap usap perut tu. - Bercakap cakap dengan anak dalam perut tu, nasihat dia elok elok. - Menyanyi dan menari sambil berbual dengan anak. Ayah terlibat sama tak? Ofcoz la... sebab 'kerja' ayah la mak pregnant =P - Pegang perut isteri dan bercakap cakap dengan anak. Biar dia cam suara ayah dia. - Urut pinggang & bahu isteri sambil bermanja manja dengan baby tu... (nila masalah orang laki ni... bila kita suruh manja dengan perut, niat tu konfem tersimpang ke 'laut'.... hmm... ) =P - Menari dengan isteri, biar dia rasa happy. - Sesekali tu masak la untuk isteri. Nasik putih, teloq goreng dengan kicap dari air tangan suami pun dah macam makanan syurga untuk isteri tau. (Abisla lepas ni.... dia masak teloq goreng ja =P ) Tips : Cuba masa pregnant, mommy buat : - Kerja kerja amal. Jumpa anak anak yatim, bersedekah, sayang dan peluk mereka. - Baik dengan semua, cakap baik baik, positif ja manjang kata kata tu... - Aktifkan diri. menari, menyanyi.. create mood mood ceria.... Percayalah, anak di dalam kandungan, pemikirannya, kata katanya banyak dipengaruhi emosi ibu ketika hamil. Comelkan diri anda untuk comelkan anak anak anda =) Like & share info & page 9bulan10hari untuk terus menjadi isteri dan ibu awesome! =) Dapatkan buku 9bulan10hari jika anda ingin dikurniakan zuriat yang hebat pemikiran & akhlaknya =) Banyak tips di situ... klik SHOP NOW di page 9bulan10hari ini atau PM kami untuk mendapatkan buku exclusive ini... ada PROMOTION.. ==================================================== Copyright@Nazira Nazir buat 9bulan10hari sahaja! Tidak dibenarkan copy paste mana mana bahagian ayat kecuali diletakkan kredit asal penulisan 9bulan10hari. ==================================================== |
Nazira Nazir+ Penulis buku ArchivesCategories
All
|