9bulan10hari doakan anda dijauhi daripada penyakit rahim ini - punca ramai wanita sengsara!22/12/2016 WANITA & PENYAKIT RAHIM .... ambil tahu sebelum terlewat.... Wanita berdepan byk kemungkinan utk mendapat sakit di bahagian rahim.... kalau tak jaga betul2... Tak kirala anak dara, remaja, wanita yang sudah berkahwin atau seniors.. banyak penyakit yang boleh terjadi kepada banyak peringkat umur... Antaranya : 1. Fibroid - Ketumbuhan biasa & bukan kanser... tp akan membesar perlahan2 & selalunya xdak symptom. Pembedahan keluarkan fibroid antara sbb wanita xdpt pregnant. 2. Cyst - Boleh terjadi di mana2 bahagian badan. Masalah yg slalu jd kat wanita adlh Ovarian Cyst. 3 daripada 10 wanita dewasa berdepan kemungkinan dpt cyst. Ada cyst yg akan hilang tanpa perlu rawatan.. namun ada juga kes cyst bertukar mjadi kanser.. usually utk golongan berumur. 3. PCOS - Haid tidak tetap & tidak kerap menjadi penyebab wanita yg berdepan masalah ini sukar hamil. Knp? Sbb xdpt kenalpasti waktu subur. PCOS dirawat dgn memakan pil pencegah kehamilan utk membetulkan keseimbangan hormon utk beberapa bulan...(bg yg ingin menunda kehamilan) Byk... banyak lagi kes kes dan sakit yg melibatkan rahim... Tiub Fallopio tersumbat... Endometriosis...Adenomyosis antara masalah rahim yg ramai tak tau.. end up.. kena operation.... Bagaimana nak tahu kedudukan & kesihatan rahim? Ramai yang tidak concern mengenai ini. Pemeriksaan kesihatan adalah WAJIB buat lelaki & wanita 6 bulan sekali & sekurang kurangnya setahun sekali. Setiap wanita perlu menjaga bahagian rahim kerana ia benar benar akan mempengaruhi kesihatan, pergerakan & kehidupan anda. Ramai wanita tidak dapat menjalani rutin harian dengan mudah disebabkan menanggung kesakitan di bahagian rahim. Pastikan anda ALERT & BERTEGAS membuat SCAN di bahagian rahim sekurang kurangnya setahun sekali bagi mengetahui tahap kesihatan rahim anda. Ilmu2 berkaitan rahim sgt2 penting buat semua wanita.... Smg Allah lindungi kita smua... <3 #9Bulan10HariByNaziraNazir Rancang Usia Kehamilan.
Usia 20an adalah tempoh terbaik untuk hamil. Ramai pasangan merasakan memperoleh anak pada usia lebih tua adalah stabil dari segi kewangan. Hakikatnya.. kehamilan selepas usia 35 tahun meningkatkan risiko kehamilan bermasalah kecuali jika anda sihat dan cergas . Manakala hamil dibawah usia 18 tahun akan meningkatkam risiko bayi lahir mati atau rendah berat badan. Lets pregnant! Hehe..... =) <3, https://www.facebook.com/9b10h/ #9Bulan10HariByNaziraNazir Rata-rata wanita begitu sensitif dengan perubahan bentuk dan berat badan sehingga terbawa-bawa biarpun ketika hamil. Ketahuilah, ia benar-benar memberi kesan yang tidak baik buat perkembangan bayi di dalam kandungan dan anda.
Ketika hamil badan anda akan lebih ‘bekerja’ berbanding sebelumnya. Oleh itu, pemakanan yang mencukupi sangat-sangat penting untuk menyalurkan lebih banyak tenaga untuk melalui rutin harian. Percayalah, ramai yang mengagumi ‘kecomelan’ bentuk tubuh badan yang ada pada seorang wanita. Hargailah =) Seorang wanita hamil perlukan 200 KALORI TAMBAHAN setiap hari. 200 kalori bersamaan dengan: · 2 keping roti gandum penuh dan marjerin/mentega. · Segulung kuih popia (tidak digoreng). · Tosai kosong (tanpa kuah atau kari). · Sekeping keju dengan roti. Jika anda berselera ketika hamil, jangan bimbang. Anda boleh terus melayan selera makan anda kecuali dinasihati doktor untuk mengawalnya.
Tips : Makanlah makanan yang berkhasiat dan seimbang setiap hari agar berat badan anda dan perkembangan bayi anda betambah dengan baik. Perlukah saya ambil sebarang vitamin tambahan? Biarpun anda melengkapkan menu makanan anda dengan hidangan yang seimbang, namun anda juga perlu mengambil vitamin tambahan untuk membantu anda memenuhi keperluan nutrien anda dan bayi. Anda disarankan mengambil 400mcg asid folik sehari bagi 12 minggu pertama kehamilan. Apabila kandungan anda semakin membesar, anda akan memerlukan zat besi tambahan. Ketika pemeriksaan setiap bulan, minta nasihat doktor mengenai supplement yang anda perlukan kerana tidak semua wanita mempunyai tahap kesihatan dan tenaga yang sama. Multivitamin buat ibu hamil seharusnya mengandungi asid folik, vitamin D, zat besi dan kalsium. Dapatkan juga multivitamin yang mengandungi vitamin C, vitamin D, vitamin-vitamin B seperti B6 dan B12, potasium, zink dan vitamin E. Misalnya, jika anda menghidap kencing manis atau diabetes gestasi, anaemia dan pernah melahirkan bayi dengan berat badan rendah, treatment dan ubat yang anda perlukan adalah berbeza. Kenapa? Bayi di dalam kandungan perlukan nutrien mencukupi.
Apa kaitannya dengan lelaki? Pecutan, kualiti & kuantiti sperma banyak bergantung kepada pemakanan dan gaya hidup seseorang lelaki. Jika seorang lelaki menghasilkan sperma yang tidak sempurna & berkembang menjadi zuriat, ia akan memberi kesan kepada zuriat yang terbentuk. Bagaimana gaya hidup anda? Jika anda perokok berhentilah. Jika anda memakai pakaian dalam yang ketat bertukarlah. Jika anda kerap melakukan aktiviti lasak yang berpotensi mencederakan bahagian sulit anda elakkanlah. Ramai lelaki tidak sedar perkara ini dan akhiranya menyalahkah pasangannya 100% andai tidak memperoleh zuriat. Jika seseorang wanita tidak menjaga pemakananya, apa yang akan terjadi? Ia benar-benar akan mengganggu proses perkembangan bayi anda bukan saja di dalam kandungan malah akan memberi kesan selepas kelahirannya juga. Its ok, jika anda sedar cara pemakanan anda tidak begitu baik, seeloknya anda perbaikinya sekarang. Apa yang anda perlu makan?
<3 , Nazira Nazir =) #9Bulan10HariByNaziraNazir Bayi lahir tanpa tempurung kepala (Anencephaly)....
Bayi bonjol di bahagian leher (Encephalocele)... Bonjolan di bahagian tulang belakang bayi (Spina Bifida)... Dengan memakan Asid Folik... ibu hamil boleh mengelakkan risiko tersebut sebanyak 75% ! Kenapa masa nenek nenek kita dulu tak makan Asid Folik baby lahir ok ja? Pemakanan.... environment dan life style org dulu tak sama dengan kita.. Bila perlu makan Asid Folik? 3 bulan sebelum merancang kehamilan.. Maknanya... 3 bulan sebelum bergelar isteri, seseorang wanita perlu memakan Asid Folik sebiji sehari. Sama juga bagi bayi kedua dan ketiga... anda perlu merancang! bukannya main redah saja. Kenapa? Kecacatan Tube Neural ni berlaku di awal perkembangan bayi dalam lingkungan 3-4 minggu kehamilan. Sekiranya saraf tunjang yang berfungsi mengawal pergerakan mengalami kerosakan... maka ia mudah menyebabkan kelumpuhan dan kelemahan pada otot bayi anda. Kenapa Asid Folik? Asid folik menolong melindungi bayi dalam kandungan anda daripada kecacatan dalam sistem saraf seperti Spina Bifida. Dalam masa 12 minggu pertama kehamilan, otak dan sistem saraf bayi terbentuk dan berkembang dengan pesat. Disebabkan tu sgt2 penting untuk mengambil folik asid setiap hari... Mencegah lebih baik daripada merawat.... Ikuti 9bulan10hari untuk lebih info kehamilan... <3 , Nazira Nazir =) #9Bulan10HariByNaziraNazir
Ikuti 9bulan10hari untuk lebih info kehamilan... <3 , Nazira Nazir =) #9Bulan10HariByNaziraNazir |
Nazira Nazir+ Penulis buku ArchivesCategories
All
|