❗ 𝗦𝗨𝗗𝗔𝗛 𝗟𝗔𝗠𝗔 𝗕𝗘𝗥𝗞𝗔𝗛𝗪𝗜𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗕𝗘𝗟𝗨𝗠 𝗗𝗜𝗞𝗨𝗥𝗡𝗜𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗭𝗨𝗥𝗜𝗔𝗧?
❗ 𝗧𝗔𝗞𝗨𝗧 𝗕𝗔𝗬𝗜 𝗟𝗔𝗛𝗜𝗥 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗟𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗞𝗢𝗠𝗣𝗟𝗜𝗞𝗔𝗦𝗜? ❗ 𝗕𝗜𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚 𝗝𝗜𝗞𝗔 𝗜𝗦𝗧𝗘𝗥𝗜 𝗔𝗡𝗗𝗔 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗟𝗨𝗜 𝗣𝗘𝗟𝗕𝗔𝗚𝗔𝗜 𝗠𝗔𝗦𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗛𝗔𝗠𝗜𝗟𝗔𝗡 & 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗛𝗜𝗥𝗔𝗡? Sempena pre launch BUKU 9bulan10hari.. kami beri FREE ini !! : 🌟 𝗙𝗥𝗘𝗘 consultation seawal perkahwinan. 🌟 𝗙𝗥𝗘𝗘 tips & ilmu berpantang. 🌟 𝗙𝗥𝗘𝗘 advice dari A-Z melalui hari hari bergelar ibu. EXCLUSIVE buat ANDA!!!!! Caranya : ✔ Like & share page 9bulan10hari. ✔ PM 9bulan10hari problem kehamilan & kelahiran yang anda facing. ✔ Ceritakan solution yang anda ambil sebelum ini. ✨ Penulis buku 9bulan10hari akan consult anda! SEGERA ! TARIKH AKHIR SEHINGGA 10 JANUARI 2017 SAHAJA! 📣 Nantikan karya yang sarat dengan ilmu kehamilan & kelahiran pertama di MALAYSIA dengan FREE dokumentari! JANUARI 2017 ! 👶 👶 👶 7 SUNNAH RASULULLAH SAW SEAWAL MENYAMBUT KELAHIRAN BAYI...
AZAN - Seeloknya dilakukan ayah bayi. Diazankan di telinga kanan bayi & iqamah di telinga kirinya. Kenapa? Mengelak dari diganggu Ummu Sibyan. Siapa Ummu Sibyan? Sejenis iblis yg menanti kehadiran bayi yg baru lahir utk menakutkan & menyesatkannya. BERTAHNIK - Dilakukan oleh org2 yg punya sifat taqwa & soleh. Caranya.. kurma yang dikunyahnya disuap kepada bayi & dilalu lalukan ke langit langit bayi & dibacakan doa doanya. Kenapa? Dengan harapan agar anak ini juga menjadi anak yg soleh & bertaqwa. MENAMAKAN BAYI - menamakan bayi dgn nama2 yg baik pada hari ke-7 selepas kelahirannya. BERCUKUR - Disunatkan mencukur kepala bayi pada hari ke-7.. kemudian bersedekah kpd org2 fakir miskin dgn perak seberat timbangan rambutnya itu. NILAIAN RAMBUT BAYI - Menimbang rambut bayi yang dicukur & mendermakan perak atau emas kepada fakir miskin. Cth : Berat rambut bayi : 2gram. Harga emas : RM 170.00 Harga perak : RM RM 3.00 Jika dibayar menggunakan nilaian emas : RM 170 X 2 gram = RM 340.00 Jika dibayar menggunakan nilaian perak : RM 3.00 X 2 gram = RM 6.00 Menurut mazhab syafi'i bersedekah itu boleh sama ada mengikut nilaian emas atau perak. Terpulang kpd kemampuan... AKIKAH - Menyembelih 2 ekor kambing bagi kanak kanak lelaki & seekor kambing bagi anak perempuan. Disunatkan utk menyediakan hasil sembelihan itu kpd org ramai dgn dimasak masakan seperti masak kurma semasa kenduri akikah sebagai tanda kesyukuran kelahiran bayi. BERKHATAN - Wajib bagi anak lelaki & digalakkan bagi anak perempuan. <3 , www.facebook.com/9b10h "Tak perlulah mengarah, buat pandai dan menyibuk... Haziq tu anak saya.. Saya ada hak menyusu dia!"29/12/2016 Percaya atau tidak, rata rata wanita melalui keadaan stress disebabkan "ramai menyibuk' dan 'buat pandai' selain 'memaksa' !
Banyaklah! kalau dicerita satu persatu semuanya sedih... tak ada yang happy pun. Dari inbox 9bulan10hari kami mendengar & memberi free consultation... Dan jangan terkejut jika saya katakan 90% daripada mereka mengadu adalah mengenai mertua! Semoga kisah ini kita jadikan iktibar. Sarah, ibu muda yang mengandung bunting pelamin. Semua happy. Malangnya dalam tunjuk tunjuk happy pun banyak perkataan-perkataan menyakitkan Sarah dia terima. 'keciklah badan awak ni... boleh ke nak mengandung dengan selamat' haishhh... pelik sungguh.... Sarah pun confused... haritu masa lepas nikah semua sibuk suruh pregnant cepat ni dah pregnant complaint pasal badan pulak. Yang Sarah pelik sepanjang kehamilannya 9bulan 10hari mertua dan keluarganya suruh makan tembikai, kerang dan memakan makanan yang dilarang sepanjang kehamilan. Rakan sekerja dan sesiapa saja ada saja beri pelbagai tips yang Sarah rasa tak betul. Anda rasa orang suka tak bila ramai yang sibuk sibuk tunjuk pandai bagi macam macam tips? Sebaik melahirkan Haziq Sarah bertambah stress disebabkan dipaksa beri susu kambing kepada Haziq disebabkan Jaundis!. Bila Sarah beritahu bahawa tidak ada makanan lain selain susu ibu yang boleh diberikan kepada bayi sehingga 6 bulan, Sarah pula dimarah, katanya budak kecil tak tahu apa. Haziq bukan saja diberi susu kambing setiap hari malam dijemur di tengah panas pagi selama beberapa minit dengan alasan mengurangkan jaundis. Cuba anda bayangkan perasaan dan keadaan Sarah yang hanya mampu mendengar cakap cakap dan arahan mereka yang lebih hebat dari seorang doctor ini. Bila susu tak banyak disebabkan stress, Sarah dipaksa bagi susu formula. Haziq diarrhea, dan 'pakar pakar perubatan' tu cakap "biasalah tu.... benda baru.. lama lama akan ok" Saya percaya.... ramai wanita yang berdepan saat ini benar benar meluahkan segalanya kepada suami, tetapi tidak semua pasangan yang mampu menghalang cakap cakap mereka. Haziq meragam di tengah malam - Sarah dituduh menjadi punca sebab makan bukan bukan. Haziq tak pandai direct feeding - Sarah dituduh susunya tak sedap. Haziq tak naik berat badan - Sarah dikata transfer genetik kurus kepada Haziq. Paling menyedihkan Haziq yang baru 4 bulan diberi makan roti canai secara senyap senyap. Bila 'dapat tangkap', mertuanya menyalahkan Sarah tiada susu. Haziq muntah & diarhhea yang sangat teruk. Mana lah ada orang bagi baby makan roti. Sah sah benda tu susah hadam. Hanya Allah yang tahu bagaimana peritnya seorang wanita yang lalui semua ini. Semoga story ni akan buat kita berazam untuk jadi mertua yang baik untuk menantu menantu kita nanti =) exclusive dari inbox 9bulan10hari Penulis : Kalau benda ni sehari pun kita tak mampu, bayangkan Sarah melaluinya setiap hari sehingga bertahun. Dialah yang menguruskan anaknya dialah yang masak untuk keluarga yang besar dan mengemas rumah. Semoga semua wanita dijauhi daripada problem ni. Seorang lelaki bakal peroleh zuriat luarbiasa bijak & hebat akhlaknya jika dia lakukan ini.29/12/2016 Jika seorang lelaki lakukan ini... anak di dalam kandungan isteri anda punya pertuturan, peribadi, dan kekuatan iman yang lebih baik.
Lakukan perkara ini seawal perkahwinan, kehamilan sehingga kelahiran bayi anda. Anda akan confused bagaimana zuriat anda hebat sifat dan akhlaknya. Imam - Jadilah imam.. solat berjemaah dan mengaji bersama. Banyakkan berdoa dan repair kesalahan yang anda pernah lakukan. Bersyukur dan sentiasa berusaha membimbing isteri ke arah kebaikan. Berbisik - Anak di dalam kandungan sudah boleh mendengar suara anda setelah roh ditiupkan ke dalam rahim pada 4 bulan kehamilan. Bisikkan kata kata penuh kasih sayang anda buat zuriat anda. Ceritakan kisah kisah teladan para nabi sambil mengusap perut isteri anda. Bermanja - Seorang isteri sentiasa dahagakan kasih sayang daripada seorang suami walaupun baru kejap tadi dipeluk. hehe... itu normal. Dakap dan ciumlah dia. Beri sepenuh kasih sayang dan cinta. Tunjukkan bahawa anda begitu sayangkannya dan anak anak anda. Memahami - Sudah menjadi perkara normal seorang isteri meminta sesuatu dan adakalanya di luar jangkaan. Pastikan anda memahami keperluan dan kehendaknya selain bijak mengawal keadaan. Setia - Isteri anda pastinya melalui perubahan bentuk dan saiz badan yang amat ketara disebabkan mengandungkan zuriat anda. Jangan sesekali membandingkan perubahan fizikalnya dengan wanita lain. Hero - Fahami isteri, dengar kemahuannya, bantunya setiap kali diperlukan. Andalah sahabat dan andalah hero paling sempurna dan layak buat seorang isteri apatah lagi ketika hamil. Romantik - Sedar atau tidak, kasih sayang melimpah ruah yang anda berikan buat isteri ketika hamil benar benar akan membuatkannya bahagia. Ia secara langsung akan beri kesan baik buat bayi di dalam kandungan. Simpati - Bukan mudah seorang isteri melakukan tugas harian seorang diri. Dia mudah rasa penat. Bantulah isteri anda. Jika selalunya dia yang memasak dan mengemas, cuba anda sesekali ambil tugasnya. Percayalah, semakin anda caring, semakin erat kasih sayang anda berdua. Positif - Ambil sifat sifat isteri anda ini dengan positif. Allah sudah designnya begitu. Andalah ketua keluarga, andalah yang perlu bijak mengatasinya. Dia kan milik anda, bercintalah. =) Fakta : Emosi, pergaulan & akhlak seorang anak banyak diambil dari sifat ibunya ketika mengandungkannya. Jika baik emosi wanita hamil, anak di dalam kandungan juga akan mendapat tempias kebaikan ibunya begitu juga sebaliknya. Jika wanita hamil tidak mendapat aura aura positif daripada seorang suami ketika hamil, dia berkemungkinan melalui tempoh kehamilan yang tidak menyeronokkan dan memberi kesan negatif kepada anak di dalam kandungan. Disebabkan itu, peranan seorang suami ketika isterinya hamil amat penting. "Pasang niat untuk melengkapkan tempoh penyusuan buat anak 2 tahun.. saya bukan saja ditentang memberi susu ibu buat Yusof malah disiksa... Allah saja tahu bagaimana perasaan ini.... " - Aisyah
𝗞𝗶𝘀𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 : 𝗔𝗶𝘀𝗵𝗮𝗵 & 𝗮𝗻𝗮𝗸𝗻𝘆𝗮 𝗬𝘂𝘀𝗼𝗳... Seorang ibu Allah ciptakan nalurinya begitu mudah tersentuh... Dia mudah sekali menitiskan air mata setiap kali anaknya tidak sihat apatah lagi ketika dia tidak dapat mendakapnya disisi kerana bekerja... Allah saja mampu membalas pengorbanan wanita yang menyusu... Menyimpan niat menyusu 2 tahun.. itu apa yang diinginkan Aisyah... dia banyak mengkaji ilmu ilmu penyusuan menyebabkan dia benar benar bersedia menyusukan Yusof.. Hari pertama melahirkan Yusof, Aisyah menitiskan air mata kerana pertama kali dalam hidupnya merasa denyutan di kantung susunya.. Semakin banyak menyusu semakin Aisyah rasakan susunya banyak. Dia bertambah semangat untuk terus menyusu Yusof. Allah Maha Kuasa... Bila sampai di rumah segalanya bertukar. Aisyah menerima kecaman daripada mertuanya memaksa Aisyah memberi susu formula kepada Yusof dengan alasan Yusof kecil dilahirkan hanya 2.5kg. Allahuakhbar... ibu mana yang tak sedih bila dipisahkan menyusu untuk anak sediri. Aisyah dipaksa beri susu formula kepada Yusof depan mertuanya. Biarpun Aisyah terangkan kelebihan susu ibu... tetapi dia tetap diboikot keluarga. Paling sedih suaminya juga memaksa Aisyah beri susu formula - katanya "saya pun masa kecil mak bagi susu formula,saya ok saja". Luluh hati Aisyah. Dia hanya ada Yusof yang memahaminya. Yusof seakan faham... dia sentuh dada ibunya minta untuk terus selamatkannya. Aisyah tak faham ada sesuatu yang Yusof cuba terangkan.... Hari hari berpantang Aisyah lebih banyak dihabiskan dengan kesedihan dan air mata. Luka di bahagian perineumnya sukar sembuh kerana dia lebih banyak melalui tekanan daripada memulihkan luka bersalin. Biarpun Aisyah cuba curi curi menyusukan Yusof, suaminya akan melarangnya. Bank susunya bengkak... mertuanya sengaja panggil bidan kampung untuk memicit keluar semua susu dan letakkan kobis untuk menghilangkan terus bengkak susu. Allah saja tahu betapa sedihnya Aisyah ketka ditentang memberi makanan terbaik buat Yusof. Memasuki hari ke 35 Yusof lahir, secara tiba tiba Yusof muntah dan pengsan. Yusof dikejarkan ke hospital & disahkan menghidap jangkitan kuman di paru paru.... luluh hati AIsyah...... Bertambah luluh hatinya apabila dimaklumkan doktor sekiranya dia memberi susu ibu sahaja selepas kelahiran sehingga kini.. Yusof mungkin tidak berdepan semua ini.... Aisyah yang datang dari kampung tidak mampu mempertahankan kehendaknya menentang keluarga mertua yang punya standard & class. Ketika ini Yusof masih ditahan di ward. Doctor memintanya menyusukan Yusof secara exclusive sehingga Yusof 2 tahun. Percayalah, susu ibu susu terbaik yang Allah sendiri jelaskan di dalam Al Quran. Hargailah suami, mertua, keluarga dan rakan anda yang memahami usaha anda menyusukan bayi. Tidak ramai yang bertuah seperti anda. Ramai yang melalui hari hari sukar seperti Aisyah. Semoga setiap wanita terus menjadi ibu yang kuat untuk terus memberikan titisan emas ini kepada anak-anaknya. aamiin... Exclusive dari www.facebook.com/9b10h .... Ramai wanita tertipu dengan saiz perut yang membesar secara tiba tiba dan MENGESAHKAN dia hamil biarpun TANPA membuat UPT test & berjumpa doctor. Sedar atau tidak kes kes sebegini kebanyakannya berakhir dengan pembedahan mengeluarkan 'benda lain' itu ataupun CYST!. 3 daripada 10 org wanita dewasa punya KETUMBUHAN CYST. Anda terkecuali dari cyst atau tidak? Ada kes kecil yang mendapati ketumbuhan cyst bertukar menjadi KANSER terutamanya kepada golongan berumur. Cyst ovary bukanlah ketumbuhan kanser dan hampir kesemua kes cyst ovari akan hilang secara spontan tanpa memerlukan rawatan namun ada juga yang perlu menjalani rawatan. Ada cyst yang perlu dibuang dengan menjalani operation. Tapi untuk buang cyst ni doctor takkan belah abdomen kita, dia akan buat laparoscopic surgery dimana doctor hanya akan buat lubang kecil di bahagian pusat untuk masukkan kamera dan 2 lagi lubang utk masukkan alat alat utk keluarkan cyst Usually cyst ni perlu bedah atau tak bergantung kpd size dia... kalau besar... doctor akan sarankan keluarkan cyst. Cyst ni sebenarnya kantung macam bag plastik yang dalamnya dipenuhi air. Mcm mana nak tahu kita ada cyst atau tak? Setiap daripada kita tak kiralah lelaki atau perempuan seharusnya membuat pemeriksaan kesihatan 6BULAN SEKALI, bagi wanita masa buat checkup tu.. minta doctor scan rahim... lihat keadaan rahim anda... ok atau tidak... Actually benda-benda melibatkan kesihatan rahim ni.. ramai tak concern... menyebabkan ada kes wanita rasa macam pregnant sebab perut membesar... rupanya ada ketumbuhan seperti cyst dan fibroid.... bukannya ada janin... Kenapa Overian Cyst terjadi? Jawapnnya disebabkan hormon. Kantung ini pada mulanya normal saja disebabkan telur atau ovum ada di dalamnya. Tapi bila masa untuk menetas selepas matang dan bila ia tak dapat dikeluarkan untuk disenyawakan ia akan membesar melebihi 2cm. Selagi tak menetas ia boleh menjadi sekecil saiz kacang dan sebesar saiz buah tembikai. Disebabkan itu terjadinya ovarian cyst. Selain itu dengan memakan terlalu banyak ayam yang disuntik dengan hormon ia juga bole menjadi puncanya. Kenapa dalam Ovarian cyst terdapat rambut, tulang dan gigi? Ketika ovum tidak berfungsi untuk menghasilkan janin yang sempurna dan hanya beberapa sel yang aktif dan kuat seperti rambut tulang dan gigi akan terus terbentuk. Maka, disebabkan itu dalam kebanyakan cyst yang dibedah menghasilkan rambut tulang dan gigi. Nampak macam teruk ja kan... macam geli dan tak sangka ada benda macam tu dalam perut kita. Biarpun ia kelihatan seperti mengeluarkan sesuatu yang 'pelik' dari abdomen seseorang wanita tapi ada kaedah untuk mengeluarkannya. Mencegah lebih baik dari merawat. Ambil berat.... ia penting untuk masa depan anda. klik >>>>>>>> www.facebook.com/9b10h untuk lebih merancakkan lagi ilmu kehamilan anda. |
Nazira Nazir+ Penulis buku ArchivesCategories
All
|