Seorang lelaki bakal peroleh zuriat luarbiasa bijak & hebat akhlaknya jika dia lakukan ini.29/12/2016 Jika seorang lelaki lakukan ini... anak di dalam kandungan isteri anda punya pertuturan, peribadi, dan kekuatan iman yang lebih baik.
Lakukan perkara ini seawal perkahwinan, kehamilan sehingga kelahiran bayi anda. Anda akan confused bagaimana zuriat anda hebat sifat dan akhlaknya. Imam - Jadilah imam.. solat berjemaah dan mengaji bersama. Banyakkan berdoa dan repair kesalahan yang anda pernah lakukan. Bersyukur dan sentiasa berusaha membimbing isteri ke arah kebaikan. Berbisik - Anak di dalam kandungan sudah boleh mendengar suara anda setelah roh ditiupkan ke dalam rahim pada 4 bulan kehamilan. Bisikkan kata kata penuh kasih sayang anda buat zuriat anda. Ceritakan kisah kisah teladan para nabi sambil mengusap perut isteri anda. Bermanja - Seorang isteri sentiasa dahagakan kasih sayang daripada seorang suami walaupun baru kejap tadi dipeluk. hehe... itu normal. Dakap dan ciumlah dia. Beri sepenuh kasih sayang dan cinta. Tunjukkan bahawa anda begitu sayangkannya dan anak anak anda. Memahami - Sudah menjadi perkara normal seorang isteri meminta sesuatu dan adakalanya di luar jangkaan. Pastikan anda memahami keperluan dan kehendaknya selain bijak mengawal keadaan. Setia - Isteri anda pastinya melalui perubahan bentuk dan saiz badan yang amat ketara disebabkan mengandungkan zuriat anda. Jangan sesekali membandingkan perubahan fizikalnya dengan wanita lain. Hero - Fahami isteri, dengar kemahuannya, bantunya setiap kali diperlukan. Andalah sahabat dan andalah hero paling sempurna dan layak buat seorang isteri apatah lagi ketika hamil. Romantik - Sedar atau tidak, kasih sayang melimpah ruah yang anda berikan buat isteri ketika hamil benar benar akan membuatkannya bahagia. Ia secara langsung akan beri kesan baik buat bayi di dalam kandungan. Simpati - Bukan mudah seorang isteri melakukan tugas harian seorang diri. Dia mudah rasa penat. Bantulah isteri anda. Jika selalunya dia yang memasak dan mengemas, cuba anda sesekali ambil tugasnya. Percayalah, semakin anda caring, semakin erat kasih sayang anda berdua. Positif - Ambil sifat sifat isteri anda ini dengan positif. Allah sudah designnya begitu. Andalah ketua keluarga, andalah yang perlu bijak mengatasinya. Dia kan milik anda, bercintalah. =) Fakta : Emosi, pergaulan & akhlak seorang anak banyak diambil dari sifat ibunya ketika mengandungkannya. Jika baik emosi wanita hamil, anak di dalam kandungan juga akan mendapat tempias kebaikan ibunya begitu juga sebaliknya. Jika wanita hamil tidak mendapat aura aura positif daripada seorang suami ketika hamil, dia berkemungkinan melalui tempoh kehamilan yang tidak menyeronokkan dan memberi kesan negatif kepada anak di dalam kandungan. Disebabkan itu, peranan seorang suami ketika isterinya hamil amat penting. |
Nazira Nazir+ Penulis buku ArchivesCategories
All
|