18sx - ilmu kesihatan buat lelaki - Kecacatan pada sp*rma - punca keguguran & sukar 'melekat'.16/1/2017 Sihat di luar tak boleh jadi petanda di dalam pun kita sihat, terutamanya lelaki. Sebab lelaki ni selalu nampak bertenaga & kuat macam ultraman berbanding wanita yang sweet sweet macam sizuka.. hehe
Bila cakap ja pasal kemandulan, kesuburan & anak..... ramai yang ingat wanita saja perlu ambik tahu ilmu kehamilan & kelahiran & bukannya lelaki. Tak boleh la macam tu. Dua dua kena ambil tahu. Walaupun gejala kemandulan bagi lelaki susah nak kesan, tapi seseorang lelaki itu perlu sedar perkara ini, perkara di mana aktiviti & pemakanannya bukan saja boleh pengaruhi kualiti & kuantiti sp*rma tapi kesihatan & masa depan zuriatnya juga. Mesti rasa bersalah kan kalau kita tak dapat zuriat sebab sp*rma tak strong? Ujian sp*rma sangat penting. Cuba tengok gambar tu... mana satu sp*rma yang anda nak? mestilah yang punya kepala bujur, badan tengah dan ekor yang panjang kan..... Sperma yang tidak normal akan datang dalam pelbagai bentuk seperti kepala besar, kepala kecil, ekor bercabang dua, ekor pendek, ekor terbelit, ekor bergulung dan pelbagai bentuk lagi. Sp*rma macam ni yang sebenarnya susah untuk nak ke telur untuk bersenyawa.. Husband wife punyalah bersama, ikut semua tips & apa yang disuruh Allah, tapi berenang punya berenang, xsampai & terhenti.. rupanya sp*rma tak normal. Ya, Allah suruh kita usaha & Dia akan tolong kita. Usaha setakat bersama tak cukup, usaha berhenti merokok & tinggalkan life life yang tak sihat pun dituntut. Bilangan sp*rma normal biasanya boleh cecah sampai 40 juta. Walaupun berjuta juta sp*rma berenang ke destinasinya, hanya satu atau beberapa sp*rma yang sihat saja (kembar) yang berjaya sampai ke rahim. Apa punca dan bagaimana nak merawat sp*rma tak normal tanpa keluarkan duit? baca posting jam 3 petang ini. Like & share info & page 9bulan10hari untuk terus menjadi pasangan suami isteri awesome! =) Lagi tips buat suami isteri di dalam buku 9bulan10hari... Klik SHOP NOW di page 9bulan10harii ini atau PM kami untuk mendapatkan buku penuh tips & info exclusive ini... ada PROMOTION.. ==================================================== Copyright@Nazira Nazir buat 9bulan10hari sahaja! Tidak dibenarkan copy paste mana mana bahagian ayat kecuali diletakkan kredit asal penulisan 9bulan10hari. ==================================================== Seorang lelaki bakal peroleh zuriat luarbiasa bijak & hebat akhlaknya jika dia lakukan ini.29/12/2016 Jika seorang lelaki lakukan ini... anak di dalam kandungan isteri anda punya pertuturan, peribadi, dan kekuatan iman yang lebih baik.
Lakukan perkara ini seawal perkahwinan, kehamilan sehingga kelahiran bayi anda. Anda akan confused bagaimana zuriat anda hebat sifat dan akhlaknya. Imam - Jadilah imam.. solat berjemaah dan mengaji bersama. Banyakkan berdoa dan repair kesalahan yang anda pernah lakukan. Bersyukur dan sentiasa berusaha membimbing isteri ke arah kebaikan. Berbisik - Anak di dalam kandungan sudah boleh mendengar suara anda setelah roh ditiupkan ke dalam rahim pada 4 bulan kehamilan. Bisikkan kata kata penuh kasih sayang anda buat zuriat anda. Ceritakan kisah kisah teladan para nabi sambil mengusap perut isteri anda. Bermanja - Seorang isteri sentiasa dahagakan kasih sayang daripada seorang suami walaupun baru kejap tadi dipeluk. hehe... itu normal. Dakap dan ciumlah dia. Beri sepenuh kasih sayang dan cinta. Tunjukkan bahawa anda begitu sayangkannya dan anak anak anda. Memahami - Sudah menjadi perkara normal seorang isteri meminta sesuatu dan adakalanya di luar jangkaan. Pastikan anda memahami keperluan dan kehendaknya selain bijak mengawal keadaan. Setia - Isteri anda pastinya melalui perubahan bentuk dan saiz badan yang amat ketara disebabkan mengandungkan zuriat anda. Jangan sesekali membandingkan perubahan fizikalnya dengan wanita lain. Hero - Fahami isteri, dengar kemahuannya, bantunya setiap kali diperlukan. Andalah sahabat dan andalah hero paling sempurna dan layak buat seorang isteri apatah lagi ketika hamil. Romantik - Sedar atau tidak, kasih sayang melimpah ruah yang anda berikan buat isteri ketika hamil benar benar akan membuatkannya bahagia. Ia secara langsung akan beri kesan baik buat bayi di dalam kandungan. Simpati - Bukan mudah seorang isteri melakukan tugas harian seorang diri. Dia mudah rasa penat. Bantulah isteri anda. Jika selalunya dia yang memasak dan mengemas, cuba anda sesekali ambil tugasnya. Percayalah, semakin anda caring, semakin erat kasih sayang anda berdua. Positif - Ambil sifat sifat isteri anda ini dengan positif. Allah sudah designnya begitu. Andalah ketua keluarga, andalah yang perlu bijak mengatasinya. Dia kan milik anda, bercintalah. =) Fakta : Emosi, pergaulan & akhlak seorang anak banyak diambil dari sifat ibunya ketika mengandungkannya. Jika baik emosi wanita hamil, anak di dalam kandungan juga akan mendapat tempias kebaikan ibunya begitu juga sebaliknya. Jika wanita hamil tidak mendapat aura aura positif daripada seorang suami ketika hamil, dia berkemungkinan melalui tempoh kehamilan yang tidak menyeronokkan dan memberi kesan negatif kepada anak di dalam kandungan. Disebabkan itu, peranan seorang suami ketika isterinya hamil amat penting. |
Nazira Nazir+ Penulis buku ArchivesCategories
All
|