Bau yang menyelerakan bersama nasi putih panas membangkitkan selera.. Apabila digigit hirisan isi tenggiri ini... terasa amat sempurna kesegaran ikan dengan bau halia bawang putih dan lada diselit pula kemanisan dari serbuk kunyit dan bawang merah... Apabila masuk ke mulut.... ikan ini membelai belai lidah sehingga kita pun menutup mata menghayati kesedapan & kelembutannya... Apabila masuk ke tekak.. ia seolah olah memberi isyarat kepada otak utk makan dan makan lagi.... Inilah dia makanan pantang - Resepi ibunda - Ikan Tenggiri Masak Asam =) Hehe... terasa nak makan x? Ini resepinya (2 kali hidangan) : - 6 ketul ikan tenggiri - olive oil - bawang putih (lebihkan - memperbanyakkan susu ibu) - bawang merah - halia - black paper - air asam - serbuk kunyit - garam Caranya : Goreng separuh masak ikan tenggiri yg digaul dgn sedikit garam & kunyit. Dalam kuali lain : - tumis bawang merah, bawang putih, halia menggunakan olive oil.... dah naik bau tu masukkan air asam & sedikit garam.... masukkan ikan yang digoreng separuh tadi & black paper. Tadaaa... siap... =) Hidangan pantang ini bukan saja membangkitkan selera malah benar benar membantu wanita yang berpantang. Halia - mengeluarkan angin dari badan. Serbuk lada - membantu penyembuhan pada luka. Bawang putih - memperbanyakkan susu ibu. Ikan tenggiri - memperbanyakkan susu ibu. Nak masak utk family pun sesuai.. sebab sihat =) <3 , 9bulan10hari =) "Pasang niat untuk melengkapkan tempoh penyusuan buat anak 2 tahun.. saya bukan saja ditentang memberi susu ibu buat Yusof malah disiksa... Allah saja tahu bagaimana perasaan ini.... " - Aisyah
𝗞𝗶𝘀𝗮𝗵 𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿 : 𝗔𝗶𝘀𝗵𝗮𝗵 & 𝗮𝗻𝗮𝗸𝗻𝘆𝗮 𝗬𝘂𝘀𝗼𝗳... Seorang ibu Allah ciptakan nalurinya begitu mudah tersentuh... Dia mudah sekali menitiskan air mata setiap kali anaknya tidak sihat apatah lagi ketika dia tidak dapat mendakapnya disisi kerana bekerja... Allah saja mampu membalas pengorbanan wanita yang menyusu... Menyimpan niat menyusu 2 tahun.. itu apa yang diinginkan Aisyah... dia banyak mengkaji ilmu ilmu penyusuan menyebabkan dia benar benar bersedia menyusukan Yusof.. Hari pertama melahirkan Yusof, Aisyah menitiskan air mata kerana pertama kali dalam hidupnya merasa denyutan di kantung susunya.. Semakin banyak menyusu semakin Aisyah rasakan susunya banyak. Dia bertambah semangat untuk terus menyusu Yusof. Allah Maha Kuasa... Bila sampai di rumah segalanya bertukar. Aisyah menerima kecaman daripada mertuanya memaksa Aisyah memberi susu formula kepada Yusof dengan alasan Yusof kecil dilahirkan hanya 2.5kg. Allahuakhbar... ibu mana yang tak sedih bila dipisahkan menyusu untuk anak sediri. Aisyah dipaksa beri susu formula kepada Yusof depan mertuanya. Biarpun Aisyah terangkan kelebihan susu ibu... tetapi dia tetap diboikot keluarga. Paling sedih suaminya juga memaksa Aisyah beri susu formula - katanya "saya pun masa kecil mak bagi susu formula,saya ok saja". Luluh hati Aisyah. Dia hanya ada Yusof yang memahaminya. Yusof seakan faham... dia sentuh dada ibunya minta untuk terus selamatkannya. Aisyah tak faham ada sesuatu yang Yusof cuba terangkan.... Hari hari berpantang Aisyah lebih banyak dihabiskan dengan kesedihan dan air mata. Luka di bahagian perineumnya sukar sembuh kerana dia lebih banyak melalui tekanan daripada memulihkan luka bersalin. Biarpun Aisyah cuba curi curi menyusukan Yusof, suaminya akan melarangnya. Bank susunya bengkak... mertuanya sengaja panggil bidan kampung untuk memicit keluar semua susu dan letakkan kobis untuk menghilangkan terus bengkak susu. Allah saja tahu betapa sedihnya Aisyah ketka ditentang memberi makanan terbaik buat Yusof. Memasuki hari ke 35 Yusof lahir, secara tiba tiba Yusof muntah dan pengsan. Yusof dikejarkan ke hospital & disahkan menghidap jangkitan kuman di paru paru.... luluh hati AIsyah...... Bertambah luluh hatinya apabila dimaklumkan doktor sekiranya dia memberi susu ibu sahaja selepas kelahiran sehingga kini.. Yusof mungkin tidak berdepan semua ini.... Aisyah yang datang dari kampung tidak mampu mempertahankan kehendaknya menentang keluarga mertua yang punya standard & class. Ketika ini Yusof masih ditahan di ward. Doctor memintanya menyusukan Yusof secara exclusive sehingga Yusof 2 tahun. Percayalah, susu ibu susu terbaik yang Allah sendiri jelaskan di dalam Al Quran. Hargailah suami, mertua, keluarga dan rakan anda yang memahami usaha anda menyusukan bayi. Tidak ramai yang bertuah seperti anda. Ramai yang melalui hari hari sukar seperti Aisyah. Semoga setiap wanita terus menjadi ibu yang kuat untuk terus memberikan titisan emas ini kepada anak-anaknya. aamiin... Exclusive dari www.facebook.com/9b10h .... |
Nazira Nazir+ Penulis buku ArchivesCategories
All
|