18sx - ilmu kesihatan buat lelaki - Kecacatan pada sp*rma - punca keguguran & sukar 'melekat'.16/1/2017 Sihat di luar tak boleh jadi petanda di dalam pun kita sihat, terutamanya lelaki. Sebab lelaki ni selalu nampak bertenaga & kuat macam ultraman berbanding wanita yang sweet sweet macam sizuka.. hehe
Bila cakap ja pasal kemandulan, kesuburan & anak..... ramai yang ingat wanita saja perlu ambik tahu ilmu kehamilan & kelahiran & bukannya lelaki. Tak boleh la macam tu. Dua dua kena ambil tahu. Walaupun gejala kemandulan bagi lelaki susah nak kesan, tapi seseorang lelaki itu perlu sedar perkara ini, perkara di mana aktiviti & pemakanannya bukan saja boleh pengaruhi kualiti & kuantiti sp*rma tapi kesihatan & masa depan zuriatnya juga. Mesti rasa bersalah kan kalau kita tak dapat zuriat sebab sp*rma tak strong? Ujian sp*rma sangat penting. Cuba tengok gambar tu... mana satu sp*rma yang anda nak? mestilah yang punya kepala bujur, badan tengah dan ekor yang panjang kan..... Sperma yang tidak normal akan datang dalam pelbagai bentuk seperti kepala besar, kepala kecil, ekor bercabang dua, ekor pendek, ekor terbelit, ekor bergulung dan pelbagai bentuk lagi. Sp*rma macam ni yang sebenarnya susah untuk nak ke telur untuk bersenyawa.. Husband wife punyalah bersama, ikut semua tips & apa yang disuruh Allah, tapi berenang punya berenang, xsampai & terhenti.. rupanya sp*rma tak normal. Ya, Allah suruh kita usaha & Dia akan tolong kita. Usaha setakat bersama tak cukup, usaha berhenti merokok & tinggalkan life life yang tak sihat pun dituntut. Bilangan sp*rma normal biasanya boleh cecah sampai 40 juta. Walaupun berjuta juta sp*rma berenang ke destinasinya, hanya satu atau beberapa sp*rma yang sihat saja (kembar) yang berjaya sampai ke rahim. Apa punca dan bagaimana nak merawat sp*rma tak normal tanpa keluarkan duit? baca posting jam 3 petang ini. Like & share info & page 9bulan10hari untuk terus menjadi pasangan suami isteri awesome! =) Lagi tips buat suami isteri di dalam buku 9bulan10hari... Klik SHOP NOW di page 9bulan10harii ini atau PM kami untuk mendapatkan buku penuh tips & info exclusive ini... ada PROMOTION.. ==================================================== Copyright@Nazira Nazir buat 9bulan10hari sahaja! Tidak dibenarkan copy paste mana mana bahagian ayat kecuali diletakkan kredit asal penulisan 9bulan10hari. ==================================================== Apa pulak dah batu meriyan ni.. 2 hari lepas dok post pasal meroyan.. haha. Meriyan & meroyan tu ada kaitan jugak sebenarnya.
Ni ilmu yang sangat penting & wajib semua wanita ambil tahu. Batu meriyan ni adalah uterus/rahim atau bahagian peranakan wanita. Cuba tengok gambar kedudukan batu meriyan ni. Nampak tak G spot? tu lah batu meriyan... benda tu yang kena angkat balik letak kat kedudukan dia. Actually g spot (grafenberg spot) bukannya bahasa perubatan. Hehe... kepada yang tau pasal perkataan 'g spot' ni mesti dia ketawa. Org laki biasanya tau benda ni. Ish ish ish. . =P Tapi benda tulah antara yang dibetulkan. So g spot ni adalah bahagian yang sangat kecil berbanding rahim wanita, antara benda yang diangkat untuk membetulkan kedudukan selepas melahirkan anak. Ada 2 cara nak angkat batu meriyan ni : 1. Hospital - doktor akan buat lebih kurang cara sama macam ujian pap smear tu... tapi batu tu akan ditolak ke tempat asal dia menggunakan 2 jari. (haha... saya pesan siap siap... ngilu dia lain macam) =P 2. Rumah : Bidan ni hebat ooo... "haa... tu dia tu dia... dia nak naik dah tu... sikit lagi".. hehe.. tu cara bidan kampung.Batu meriyan ni dangkat dari luar ja, dari atas kulit perut. Diorng ada ilmu yang ramai tak tahu. (Alhamdulillah... penulis 9bulan10hari dah menuntut ilmu tu =) Kepada yang nak masukkan rahim ke tempat asal dia, mai sini saya buatkan =) Allah... sakitnya batu meriyan ni... dia macam combination sakit pelik pelik. Kalau contraction tu kita maybe sakit paling lama 2 hari sebelum bersalin kan.. tapi sakit batu meriyan ni bukan saja beberapa hari tapi dalam sejam tu kejap kejap dia datang, tambah tambah masa menyusu tu. Orang orang tua kata, batu meriyan ni dia akan menghantui si ibu mengikut jumlah anak dia... hehe... kalau anak dia 4 orang, maka tanggunglah sakit ni 4 hari... kalau anak dia 11 hari? fuh... Kenapa kena angkat? Masa kita lahirkan anak, peranakan wanita (batu meriyan) jatuh... so proses berpantang ni termasuk sekali lah dengan penyembuhan rahim ni. Bab bab angkat & betulkan kedudukan batu meriyan ni bukan semua yang tahu. Jangan pandai pandai angkat sendiri sudah, takut terangkat benda lain. hehe... =P Bila dibiar jatuh batu meriyan ni... tu yang jadi punca meroyan tu. Nampak tak kaitan dia?Jangan ambik mudah benda ni. Tempoh pantang warisan melayu ni dah cukup terbaik dah, saling melengkapi. Yang wujudnya tungku dalam syarat berpantang adat melayu ni untuk kecutkan batu meriyan tulah selain sembuhkan luka luka dalaman yang lain. Menyusu ibu secara kerap pun membantu rahim kecut dengan cepat. Syokkan pantang... rugi kalau tak pantang betul betul =) Like & share info & page 9bulan10hari untuk terus menjadi isteri dan ibu awesome! =) Dapatkan buku 9bulan10hari jika anda ingin dikurniakan zuriat yang hebat pemikiran & akhlaknya =) Banyak tips di situ... KLIK SHOP NOW di facebook page 9bulan10hari untuk memiliki buku penuh info dan tips ini. ==================================================== Copyright@Nazira Nazir buat 9bulan10hari sahaja! Tidak dibenarkan copy paste mana mana bahagian ayat kecuali diletakkan kredit asal penulisan 9bulan10hari. ==================================================== Jaga perangai masa mengandung.. anak dalam perut tu pandai copy paste perangai mak ayah dia.13/1/2017 Keadaan psikologi seorang ibu hamil sangat mempengaruhi janin.
Maknanya kalau mak ni rajin tengok drama isteri tuan Ihsan (walaupun dah lama abis kan...) anak yang dikandung ni pun akan terjebak jugak ka nanti? hehe... Maybe 50-50... kalau ibu hamil ni siang malam...sepanjang 9bulan10hari hamil asyik ulang ulang tengok Aaron Aziz & Amyra Rusli ja... berkemungkinan juga anak tu akan ada unsur unsur comel & 'degil' macam Amyra rusli. =P Sebab tu orang tua tua selalu sangat pesan, jangan marah marah, satgi kena kat anak. Kalau ibu hamil ni suka sangat marah marah, menangis & emosi tak tentu... berkemungkinan besar anak yang lahir nanti nampak sedih saja. Macam tu jugak sebaliknya. Kalau masa pregnant dok happy happy & fikir positif saja, anak yang lahir nanti peribadi, watak & kata kata dia akan sangat positif. Apa yang mommies kena buat? - Banyakkan baca Al-Quran & surah amalan ibu hamil (tips & surah lengkap di dalam buku 9bulan10hari). - Bercerita kisah teladan para Nabi sambil usap usap perut tu. - Bercakap cakap dengan anak dalam perut tu, nasihat dia elok elok. - Menyanyi dan menari sambil berbual dengan anak. Ayah terlibat sama tak? Ofcoz la... sebab 'kerja' ayah la mak pregnant =P - Pegang perut isteri dan bercakap cakap dengan anak. Biar dia cam suara ayah dia. - Urut pinggang & bahu isteri sambil bermanja manja dengan baby tu... (nila masalah orang laki ni... bila kita suruh manja dengan perut, niat tu konfem tersimpang ke 'laut'.... hmm... ) =P - Menari dengan isteri, biar dia rasa happy. - Sesekali tu masak la untuk isteri. Nasik putih, teloq goreng dengan kicap dari air tangan suami pun dah macam makanan syurga untuk isteri tau. (Abisla lepas ni.... dia masak teloq goreng ja =P ) Tips : Cuba masa pregnant, mommy buat : - Kerja kerja amal. Jumpa anak anak yatim, bersedekah, sayang dan peluk mereka. - Baik dengan semua, cakap baik baik, positif ja manjang kata kata tu... - Aktifkan diri. menari, menyanyi.. create mood mood ceria.... Percayalah, anak di dalam kandungan, pemikirannya, kata katanya banyak dipengaruhi emosi ibu ketika hamil. Comelkan diri anda untuk comelkan anak anak anda =) Like & share info & page 9bulan10hari untuk terus menjadi isteri dan ibu awesome! =) Dapatkan buku 9bulan10hari jika anda ingin dikurniakan zuriat yang hebat pemikiran & akhlaknya =) Banyak tips di situ... klik SHOP NOW di page 9bulan10hari ini atau PM kami untuk mendapatkan buku exclusive ini... ada PROMOTION.. ==================================================== Copyright@Nazira Nazir buat 9bulan10hari sahaja! Tidak dibenarkan copy paste mana mana bahagian ayat kecuali diletakkan kredit asal penulisan 9bulan10hari. ==================================================== ⛔3 daripada 10 wanita tidak dapat meneruskan penyusuan exclusive susu ibu kerana tidak tahu caranya.
⛔ 1 daripada 10 wanita yang melahirkan anak, berdepan kemungkinan meroyan. ⛔ 80% wanita hamil 'makan hati' sebab suami tak tahu apa yang patut dilakukan ketika isterinya hamil... ⛔ Rata rata wanita melalui kesukaran melalui tempoh kehamilan & kelahiran kerana kurang ilmu & akhirnya berdepan kecacatan & kematian. Ini solutionnya : ✨ 9bulan10hari - Buku & dokumentari pertama di Malaysia yang sarat dengan ilmu kehamilan dan kelahiran. ✨ Gabungan perubatan Islam, perubatan moden dan perubatan tradisional pastinya melengkapkan diri anda menjadi isteri & ibu hebat. ✨ Menampilkan Crew 9bulan10hari : 🍭Penulis & penerbit (Nazira Nazir) - Pengacara tv & penulis yang aktif menghasilkan karya karya kehamilan & kemasyarakatan. Ibu kepada 2 orang anak ini memberi free consultation kepada mereka yang ingin cahaya mata =) 🍭Panel Syariah (Ustaz Don Daniyal Biyajid) Pengacara TV, penceramah & pensyarah yang dikagumi kerana peribadinya yang sentiasa ceria dan berilmu. Cara penyampaiannya yang menyakinkan dan 'friendly' membuatkan ramai yang senang dengannya =) 🍭Panel Perubatan (Doktor Noor Fidak Samsudin) - Doktor pakar sakit puan yang mudah didekati dan disenangi kerana sifat penyayangnya. Seorang doktor yang berjaya membuatkan ramai wanita 'jatuh hati' dengan treatmentnya =) 🍭Editor Bahasa (Faizan Basheer) - Jika ditanya mengenai punca kejayaan buku ini.. beliaulah orangnya. Dialah suami & tulang belakang penulis. Master mind yang begitu ingin semua ciptaan Allah mendapat yang terbaik sentiasa. Disebabkan itu wujudnya 9bulan10hari untuk membantu ramai pasangan =) 🍭Editor Syariah (Ustazah Ommi Kalsom) - Seorang guru sekolah menengah kelulusan Universiti Al Azhar. Disenangi dan disayangi kerana tutur katanya yang lembut dan rajin membantu sesiapa yang punya kemusykilan ilmu Islam =) 🍭Editor Syariah (Mohd Hafiz) - Pelajar KUIS yang sentiasa dekat dan ambil tahu ilmu ilmu agama. Siapa sangka, biarpun anak muda ini masih belajar, namun ilmu kehamilan & kelahiran banyak diketahuinya =) 🍭Editor Perubatan (Rasina Nilofer) - Orang penting yang sentiasa ada untuk membantu penulis berkongsi ilmu perubatan moden. Doktor yang sangat 'friendly' dan penyayang. Apa saja kemusykilan berkaitan perubatan, insyaAllah doktor Nilofer selesaikan =) 🍭Reka Bentuk Buku & fotografi (Aisha NeNna) - Designer & photograper wanita muda yang berbakat besar. Banyak berkongsi idea bersama penulis. 70% design di dalam buku ini adalah cetusan ideanya. Bila tak cukup gambar, dia keluar shoot =) 🍭Reka Bentuk Buku (Rawiyah Wiya) - Designer wanita yang turun memperhebat & mencantikkan design buku 9bulan10hari. Kerjanya sungguh laju dan sentiasa beri hasil terbaik =) 🍭Karikatur (Azmi Hussin) - Pelukis yang semakin famous dengan karya karya uniknya. Pelukis kelahiran Penang ini mengilhamkan banyak lukisan kehamilan di dalam buku ini =) 🍭Reka Bentuk Muka Buku (Mohamad Hazmi Fuzi) - Siapa sangka seorang lelaki mampu 'baca' apa yang perlu ada untuk menarik perhatian wanita hamil. Dalam usia muda, Hazmi sudah berjaya buat ramai yang 'jatuh cinta' dengan cover buku 9bulan10hari =) 🍭Fotografi & videografi (Najibullah Ahmad, Shrukri Abas, Remy Rudy ... Gabungan idea dan kerja yang membuatkan buku 9bulan10hari kelihatan unik =) 🍭Penampilan eksklusif, bidan tradisional - Tok Puan Jusoh. Ilmu perbidanan yang ada padanya benar benar membuatkan ramai yang kagum. Usianya lebih 70 tahun tidak langsung menghalang dia dari terus merawat ibu ibu muda yang sudah mula lenguh sana sini seawal usia 20 an... Itulah bezanya kita dan dia. Banyak tips dari Tok Puan di dalam buku ini. =) Ini karya luar biasa. Buku ini pastinya bermakna buat mereka yang ingin jadi yang terbaik. Kerana, setiap inci kandungan & design buku ini diteliti satu persatu. Lebih 3 tahun penulis usahakan ini, semoga ia memberikan ilmu ilmu kehamilan & kelahiran terbaik buat anda. <3 , Crew 9bulan10hari... ✔ Like & share jika anda ingin semua pasangan suami isteri mendapat yang terbaik untuk menjadi ibu bapa yang terbaik dan memberi kasih sayang terbaik buat anak anak. ✔ Klik SHOP NOW untuk menjadikan karya ini milik anda. Lelaki atau wanita... anda wajib membacanya =) "Berdosakah aku meroyan?"
Kisah benar ibu meroyan sebab tak jaga pantang... diceritakan exclusive buat 9bulan10hari.... ------------------------------------------------------------------------------ Aku & kakak lahir dan dibesarkan dalam keluarga yang panas baran, yang suka pukul kami... kalau cakap pasal kasih sayang... memang tak pernah kami rasa. Kakak bercinta & berkahwin dengan Zack. Aku nampak dia happy sebab nak merasa kasih sayang.... rupanya tak, sebab abang ipar aku kaki perempuan. Tapi kakak aku ni jenis tak suka besarkan problem walaupun setiap kali abang ipar aku balik dengnan bau perfume perempuan & kesan lipstik sana sini. Masa kakak aku mengandung ni, aku yang beli apa yang dia nak & apa yang dia mengidam. Kesian kakak. Abang ipar? dia ada yang lain... Aku perasan kakak aku stress, sebab mata dia bengkak selalu & dia murung. Aku kesian dengan kakak aku & baby dalam perut. Masa deliver baby, kakak aku lain sangat, darah dia keluar banyak, lukanya koyak dengan teruk. Masa dia berpantang, dia yang jaga anak sedara aku ni sorang sorang. One day masa aku baru sampai, dia letak pisau di leher anak sedara aku ni. Dia cakap sorang sorang. Alhamdulillah aku dpt selamatkan keadaan walaupun tangan aku yang kena kelar. (panjang story tu). Bertungku, mengurut mandi herba semua tu takda. Masa aku ada kat rumah aku yang masak. Tapi masa aku masuk kampus, kakak aku makan apa yang ada. Aku dapat tahu dia makan maggi tiap hari. Ikan keli & kekacang pun dia makan. Ada sekali tu aku mintak pelepasan 1 sem cuti (6bulan) untuk jaga kakak aku. Masa tu aku nampak dia ada 2 watak. Kejap kejap dia happy kejap tak. Aku confused. Aku research & tanya doktor. Doktor bagitau kakak aku meroyan. Allah... Kakak aku alami tekanan yang sangat teruk dalam hidup dia. Dia tak dapat kasih sayang. Dia tak pernah dilayan. Dia hidup dalam keadaan penuh tertekan. Dan punca paling teruk dia meroyan lebih 3 kali dia bentan masa pantang sebab langgar pantang. Semua kerja rumah dia buat. Allah..... Jiran panggil kakak aku gila. Macam macam diorang cakap. Kalaulah masa pantang kakak aku pantang betul betul, takkan jadi macam ni. Bidan kampung pun pesan, perempuan boleh meroyan sepanjang hidupnya kalau dia langgar pantang. Luka teruk, susu kurang, makan ikut suka, darah melimpah keluar, tidur dalam aircond, tak pakai stokin, bertungku mengurut naikkan batu meriyan pun tidak, semua tu punca kakak meroyan! Dah banyak tempat aku bawak berubat. Doktor kata kakak hanya akan pulih kalau dia happy balik. Tu pun akan ambik masa lama..... Keadaan kakak aku sekarang sama saja. Kalau dia rasa nak sayang dia sayang tapi kalau dia rasa nak pukul anak, dia pukul saja =( Allah tau macam mana perasaan aku tengok kakak kandung aku sendiri macam ni. Aku message penulis 9bulan10hari dan minta dia share cerita aku ni sebab aku betul betul nak abang abang & kakak kakak semua tahu betapa susahnya hidup kalau tak jaga pantang. Aku harap korang (abang abang & kakak kakak) ambiklah berat pasal hamil & pantang ni... banyakkan baca ilmu ilmu macam ni. Jangan jadi macam kakak aku. Aku, Adik yang sayang kakak tapi kakak 'gila' =( Doakan kakak aku... --------------------------------------------------------------------------------- Ya Allah, jauhkanlah setiap wanita daripada melalui meroyan & penyakit penyakit pelik. aamiin... Allahuakhbar, ketika penulis bersembang dengan 'aku', penulis pun dah sebak.... sebab siapa yang sanggup tengok orang yang dia sayang sakit tanpa dia sedar..... Kepada anda yang dikurniakan suami yang baik & support anda selalu... bersyukurlah & hargainya.... Kepada suami yang tidak begitu menyayangi isteri, percayalah anda mungkin menjadi penyebab isteri meroyan. Banyak ilmu yang setiap lelaki & wanita perlu ambil tahu. Dalam buku 9bulan10hari saya sudah selitkan banyak kata kata penuh motivasi buat pasangan suami isteri. Lalui tempoh kehamilan, kelahiran, berpantang & membesarkan anak anak dengan happynya. Banyak tips & rahsia kehamilan saya kongsikan disitu. Like & share info ini jika prihatin dengan wanita lain..... ==================================================== Copyright Nazira Nazir buat 9bulan10hari sahaja! Tidak dibenarkan copy paste mana mana bahagian ayat kecuali diletakkan kredit asal penulisan 9bulan10hari. ==================================================== Kisah benar : Alkisahnya, ada sorang wanita ni dah keluar tanda kelahiran, air ketuban pecah. So husband dia pun bawa ke hospital.
Bila sampai di hospital, doktor Ain suruh mommy ni tukar baju sebab doktor nak check bukaan cm... time tu baru 3cm... Doktor pun buatlah kerja kerja check jantung baby & proses proses sebelum bersalin sebab dah 4 jam air ketuban pecah... Tup tup doktor kena sound. "doktor tau buat kerja ke tak ni... saya datang bukan nak checkup!".. sentap doktor tau... kesian doktor... so doktor pun diam... sebab dia faham sakit contraction ni memang tak boleh kawal... So bila dah masuk labour room.. masa tu 5cm.. doctor bagi kurma & air zam zam (baik doktor Ain ni... saya tak sure tempat anda camna)... masa contraction semakin kerap, doctor kena marah lagi. "Apa yang doktor buat sampai saya sakit macam ni"?kesian doktor... Masa dah 10cm & baby dah bg signal nak kluar, doktor suruh mommy ni letak entonox untuk kurangkan rasa sakit.... sekali lagi doktor kena sound... "aku bukan sesak nafas... kenapa bagi aku benda ni"... Doktor pesan suruh sedut entonox... dia taknak... Doktor pesan jangan angkat punggung... dia angkat... Doktor pesan jangan jerit... dia jerit... Doktor pesan push time contraction saja tapi dia push ikut suka hati... Bila doktor Ain mendekati patient ini dan cuba tenangkannya, dia genggam lengan doktor Ain dengan kuatnya sehingga lebam dan tercalar teruk. & finally, masa meneran mommy ni mengalami koyak yang sangat teruk sehingga ke dubur. Kenapa doktor buat semua tu? 1. Ketika 3cm doktor check keadaan dan jantung baby - sebab air ketuban dan lama pecah so doctor tolong bukakan cm. - Kalaulah mommy ni ada ilmu urutan perineum, ilmu 'bersama' sebelum deliver, ilmu berenang & senaman kegel mesti tak jadi macam ni. 2. Doktor bagi kurma & air zam zam sebab nak bantu ibu ni ada tenaga ketika push nanti. Kalaulah mommy ni tahu sebelum bersalin kena makan secukupnya untuk bersalin mesti dia tak lemah seawal sebelum 5cm lagi. 3. Doktor bagi Entonox, sejenis gas yang berfungsi untuk kurangkan sakit mommy ketika bersalin. Caranya, perlu sedut sedalamnya gas ini menggunakan mask khas. Kalaulah mommy ni tahu itu adalah ubat tahan sakit dan bukannya gas oksigen semata mata, mesti dia tak sakit macam tu. 4. Jerit dengan kuat dan lama boleh hilangkan tenaga. Push hanya perlu dilakukan ketika contraction saja.... sebab masa tu baby pun akan turut sama cuba untuk keluar. Kalaulah mommy tu ada semua ilmu ni... surely dia takkan buat kesilapan yang menyebabkan bukan saja dia yang susah... tapi suami & anaknya juga. Disebabkan kurang ilmu kehamilan & kelahiran ni, mommy ni berpantang dengan sangat stress sebab luka lambat sembuh, susu taknak keluar(tersumbat), badan seram sejuk sebab langgar pantang(bentan). Selain tu, wanita ini disahkan meroyan kerana sering mencederakan anaknya menggunakan benda tajam. Kesihatan, masa depan & attitude seorang wanita banyak bergantung seawal kehamilannya. Kalau dia gagal lalui semua hormone changes ini dengan successnya.. bukan saja chances untuk MEROYAN tinggi malah ia sangat beri impak kepada hubungannya dengan suami, anak anak, keluarga & masyarakat. Banyak ilmu yang ramai wanita terlepas pandang. Rugi kalau kita tak membaca & tak jaga. Sebab tu penulis kongsikan semua ilmu yang wajib setiap bakal ibu dan ayah perlu tahu seawal mencari pasangan, kehamilan, kelahiran, berpantang dan menyusu dalam buku kehamilan & kelahiran 9bulan10hari.. Kesian doktor, dia cuba nak tolong kita, niatnya baik. Bantulah diri kita untuk kita bantunya bantu kita. InsyaAllah Allah akan mudahkan perjalanan anda bergelar ibu yang hebat, Fikir yang baik baik, buat yang baik baik... segalanya akan baik baik saja =) Like page 9bulan10hari jika anda sukakan ilmu ilmu kehamilan & kelahiran. Share & tag info ini jika anda takut adik dan keluarga anda lalui problem seperti wanita ini. Dapatkan buku dan dokumentari exclusive 9bulan10hari jika anda ingin berdepan saat kehamilan dan kelahiran tanpa kesengsaraan. ==================================================== Copyright@Nazira Nazir buat 9bulan10hari sahaja! Tidak dibenarkan copy paste mana mana bahagian ayat kecuali diletakkan kredit asal penulisan 9bulan10hari. ==================================================== |
Nazira Nazir+ Penulis buku ArchivesCategories
All
|