Rata rata suami pengsan dalam labour room ni sebab ingat biasa biasa saja proses kelahiran ni..... Nah.... sekali doctor suruh tengok kepala anak yang nak keluar dah, pengsan terus. Kesian suami... Walaupun masuk labour room untuk sambut anak ni hati berbunga bunga... tapi semua lelaki perlu tahu persediaan ni sebelum kena bahan dengan doctor & wife sepanjang zaman =) 1. Suamilah hero masa tu... - Suami kena kuat walaupun tengok darah melimpah ruah. Jangan suami pegang tangan isteri & cakap "yanggg... nape banyak sangat darah ni.. abg takut..." sudaaahhh.... memang ke laut =P 2. Banyakkan guna perkataan semangat dengan menyebut Allah Allah Allah... bacakan doa buat isteri.... mohon Allah permudahkan proses bersalin.. 3. Jadi Iron Man kejap - Isteri ni.. masa sakit dia tak tau nak luah macam mana... cara terbaik, paling tepat, cepat dan murah masa tu adalah suami dia! masa dia meneran tu... habis lengan suami dia genggam & pukul. Suami make sure wife dah potong kuku before bersalin ye. Kalau tak, sia sia kena cakaran berbisa.. hehe =P 4. Ingatkan isteri untuk terus beristighfar & minta doa pada Allah agar dimudahkan proses bersalin. Minta isteri kunyah kurma kalau terlampau sakit. 5. Bersedia 'basah' bersama - Kesakitan bersalin ni memang perit... Ubat tahan sakit macam Pethidine... Entonox sometimes akan buat wanita yang nak meneran ni dia nak termuntah sebab terlampau tak mampu tahan sakit selain kesan ubat. So, bersedialah dengan plastik kat tepi ye. 6. Kuat walau lemah - Walaupun masa tu suami pun loya loya sebab bau darah & mata pun dah berpinar pinar sebab tak mampu... mampukan diri jugak... ingatkan wife pahala melahirkan anak. Lepas isteri dah lahir nanti, dah boleh keluar gi muntah dah. But sebelum tu tahan jap... control macho tu... =) 7. Sayang - Cium.. belai... dan tunjukkan sepenuh kasih sayang anda pada isteri. Tapi jangan dok over romantik pulak siap menyanyi... isteri tengah sakit bersalin tu bang.. tak pasal pasal doktor suruh keluar =P 8. Jangan - Ni penting. Ingatkan wife untuk tak angkat pinggul semasa meneran.. takut koyak nanti. Bisik di telinga dia slow slow.. jangan bagi doctor dengar sudah... "yangg... kalau tak koyak tak jahit... ayang dan abg tak payah 'pantang' lama ni yang.... " =P 9. Doktor - Ingatkan isteri untuk dengar cakap doktor. Lagi isteri dengar lagi mudah kerja doktor. 10. Ingatkan diri sendiri - Ingatkan diri untuk azan & iqamat anak selepas dilahirkan. Jangan dok berselfie manjang sampai lupa sunnah Rasulullah. =) (Detail sunnah menyambut kelahiran dalam buku 9bulan10hari ) Have fun yah... =) Pesan juga pada diri untuk terus menjadi suami & ayah yang baik & soleh. Like page 9bulan10hari untuk menjadi ibu bapa awesome... Share & tag info ini kepada mereka yang bergelar lelaki & suami.. ==================================================== Copyright@Nazira Nazir buat 9bulan10hari sahaja! Tidak dibenarkan copy paste mana mana bahagian ayat kecuali diletakkan kredit asal penulisan 9bulan10hari. ==================================================== Di suatu petang nan indah... ditemani kicauan burung.... Bakal pengantin lelaki : Darling.... i ni handsome melampau & u pulak cantik sangat.. Kita ni memang secocok kan =) Bakal pengantin perempuan : Ye betul tu abang sado ku.... kita sama padan sama cantik.... anak anak kita mesti cantik dan comel kan...kan... kan (buat malu malu taknak pandang abang sado pulak) =) 9bulan10hari : Asid Folik dah makan ke dik? Bakal pengantin lelaki & perempuan : HUh!!? Apa tu? Sado ke... mado ke... cantik ke tak... kalau tak tau ilmu kehamilan & kelahiran.... bole ke laut.... =P Inilah dia masalah orang yang nak kahwin ni.... dia ingat 'tuuuuuuu' saja... hmmm.. Sebelum jadi pasangan suami isteri pun dan kena merancang kehamilan dah dik.. =) Lepas kahwin sah sah dah halal & dah siap nak ke normal next step... pregnant!... So, setiap pasangan yang dah nak kahwin... & dah berkahwin & plan untuk ada anak kenalah makan Acid Folik. Kenapa Acid Folic? Acid Folic ni sangat penting untuk bolehkan tubuh kita bersedia terima pembentukan sel sel baru dalam rahim nanti (anak) selain bantu perkembangan saraf tunjang berkembang dengan baik dan elakkan penyakit seperti Spinal Bifida. Maka, wajiblah untuk setiap pasangan tahu pasal ubat ni. Ubat ni bole dapat di mana mana klinik & hospital & pharmacy. Kalau beli kat pharmacy dalam 1 papan tu ada 10 biji dalam RM 1.80 sen camtu (bergantung pada brand). Pesanan buat bakal pengantin : Jgn sesekali cakap "xnak anak lagi"... nak "bercinta dulu" ..... - setiap perkataan yg keluar dr mulut adlh doa.... Cepat cepat ada anak, anak tu pembawa rezeki & happiness. Best of luck =) Like page ini jika nak jadi wife & awesome mom... Share info ni kalau nak semua pasangan dapat anak anak yang sihat.. <3 , Penulis buku 9bulan10hari, Nazira Nazir =) Sebab tulah atok tak cari lain. Kalau nak sihat & nampak muda dari usia macam tok, kenalah pantang betul betul =) Nak kuat & bertenaga macam tok walaupun dah umur 70 tak? ikut tips berpantang ni =) : 1. Stokin - Wajib pakai... untuk elak kaki sejuk dan masuk angin. 2. Dilarang mencangkung - koyak atau tidak miss v ketika meneran bersalin, wanita berpantang dilarang duduk cangkung. Rahim tu tengah lemah lagi. Kalau terkeluar macam mana? 3. Rapatkan kaki - Selepas diceroboh, dirobek, dikeluarkan anak dan uri, part miss v tu sangatlah tercedera & lemah. kesian miss v... Rapatkan kaki anda, dan bantu'nya' cepat sembuh dari luka. 4. Wanita berpantang bukan ultraman - so jangan sesekali aktif buat buat kerja. Nak jaga anak pun sepatutnya diuruskan orang lain, apatah lagi memasak dan buat kerja kerja rumah. Banyakkan berehat jika nak sembuh cepat. 5. Bangun di awal pagi & elakkan tidur di waktu senja - Dapatkan sedikit cahaya matahari dengan sekadar berdiri di tepi tingkap. Urut urut lengan anda, lakukan sedikit senaman ringan seperti menggoyang-goyangkan tangan agar anda tidak kelihatan lemau. 6. Jangan keluar rumah kecuali ke klinik - wanita berpantang yang tidak suci dari darah kotor nifas boleh mengundang 'orang ketiga'. Elakkan. 7. Jaga ibu jari kaki - Bagi sesetengah wanita, Jika ibu jari kaki terhantuk ia bukan saja boleh membuatkan mereka pitam, malah bentan. 8. Adab ketika mandi - Berdiri lama dan mencangkung adalah dilarang bagi wanita yang berpantang. Apatah lagi jika melakukan banyak pergerakan ketika mandi. Duduklah diatas bangku dan mandi air yang sedikit panas. 9. Terdedah dengan aircond dilarang sama sekali - Pasang kipas pun dah tak bagus untuk wanita berpantang, apatah lagi kalau aircond. ia bertujuan menghalang angin dari memasuki badan. 10 Bertungku mengecutkan batu meriyan, mengurut mengangkat rahim dan mandi herba menyegarkan badan diterangkan dalam buku 9Bulan 10Hari. 11.Menu berpantang - Ni memang kena jaga, ikan ikan berbisa seperti keli dan terubuk, sayur kekacang, fast food antara yang sangat perlu elakkan. Like page 9bulan10hari untuk terus memperoleh rahsia bergelar awesome mom. Share jika anda ingin semua peroleh ilmu ini =) ==================================================== Copyright Nazira Nazir buat 9bulan10hari sahaja! Tidak dibenarkan copy paste mana mana bahagian ayat kecuali diletakkan kredit asal penulisan 9bulan10hari. ==================================================== 3 tahun kahwin, ingat dah betul betul 'buat' dah... rupanya salah timing... adoii sia sia masa...... Benda ni selalu jadi kepada pasangan muda atau mereka yang kurang alert dengan ilmu kehamilan. Nak mengandung bukan boleh bersama bila bila dan di mana saja tau.. hehe.. ada timing dia.. ada cara dia. Lebih 50 % pasangan yang consult dengan 9bulan10hari mengaku mereka tak tahu pun pasal waktu yang sepatutnya bersama untuk dapat anak. Main redah ja... hehe Penulis : Usually sis bersama pada hari ke berapa period? Mangsa kejadian : Bila bila free kami akan bersama lah sis.... weekend ka... time saya tak penat ka.... Penulis : (maka bermulalah sesi 'menghamilkan' wanita) =) Saya pun confused... masa kursus kahwin dulu ada tak kisah kesuburan ni diberitahu atau tak? Sebab ramai yang tak tahu.... Baiklah... untuk hamil seorang isteri kena subur, suami anytime pun boleh... =P Bila wanita subur? : - Selepas period (usually hari ke 7 - 16 period) maknanya kalau bersama hari hari lain selain subur, tunggang tebalik 3 4 jam pun xkan pregnant =) So, gunakanlah peluang subur tu dengan sangat berhati hati ye. Ada 3 cara untuk tahu waktu subur : - Selepas period - Keluar lendiran seperti putih telur keluar dari miss v - Badan seseorang wanita itu panas sedikit berbanding hari hari biasa Kalau dah ada ciri ciri subur ni, maka segeralah bersedia 'berperang' pada malamnya. =) Saya selalu pesan kepada semua wanita yang melalui consultation bersama saya : - Sebelum bersama suami, solat Isyak secara berjemaah bersama. Solat hajat dan mohon doa kepada Allah agar hubungan bersama sebentar lagi akan beri good news dengan cepat. - Bersihkan diri, wangikan diri, bangkitkan suasana bilik agar lebih romantik. - Position suami di atas, dan isteri di bawah..... - Ni petua bidan kampung 9bulan10hari, angkat kaki lebih kurang 10-30 saat ke atas, bertujuan membantu sperma berenang terus ke destinasinya (rahim). - Sambil sambil tu berdoa kepada Allah agar hubungan kali ini akan membentuk janin dan zuriat yang soleh dan solehah. - Tidak salah juga jika anda bernazar ketika ini. - Dan sehingga anda dikurniakan zuriat, banyakkanlah bersedekah kepada anak anak yatim dan orang susah. Sesungguhnya bersedekah itu mendekatkan benda benda baik dengan kita. Alhamdulillah... selepas ikut tips ni, dalam tempoh kurang 5 bulan 7 orang wanita hamil... ada yang PCOS, dan ramainya salah timing. hehe.... Semoga ada good news juga buat anda! =) Like page 9bulan10hari jika anda isteri dan ibu awesome... Share jika anda ingin semua wanita merasai nikmat bergelar ibu. <3 , Penulis 9bulan10hari, Nazira Nazir ==================================================== Copyright@Nazira Nazir buat 9bulan10hari sahaja! Tidak dibenarkan copy paste mana mana bahagian ayat kecuali diletakkan kredit asal penulisan 9bulan10hari. ==================================================== Mungkin ini boleh menjadi idea @ tips buat anda tentang bagaimana 'menambat' hati pencipta kita (ALLAH), untuk beroleh life yang lagi best. InsyaAllah. Kehidupan anak anak yatim lain sekali berbanding kehidupan anak anak kita yang kita dakap dan bermanja dengannya. Anak kita tidur dengan cium dan peluk kita setiap malam, tapi anak anak yatim ini ada yang melukis wajah ayah dan ibu mereka di bantal dakap dan memeluk'nya' setiap malam. Penulis 9bulan10hari selalu pesan kepada mereka yang ingin cahaya mata, agar dekat dengan anak anak yatim. Beri mereka makan, bawa mereka jalan jalan, hiburkan hati mereka, sayang, peluk dan cium mereka, kehidupan kita akan lebih sempurna selepas mendekati mereka. Bukan bila nak cahaya mata saja kita jumpa mereka, tapi bila life rasa tak best, bila kita nak sesuatu tak dapat, pergilah jumpa mereka. Selitkan mereka dalam list anda keluar jalan jalan. Bawa mereka makan, hiburkan hati mereka, solat hajat bersama & minta mereka baca dan doakan hajat anda. InsyaAllah dipermudahkan. Allah kan ada.... kita buat apa yang Allah suka... insyaAllah Allah akan bagi apa yang kita suka. =) simple =) Penulis, suami & Persatuan Hydrocephalus Malaysia membawa anak anak syurga ini melawat zoo negara: *Anak anak syurga dari Rumah Amal Limpahan Kasih (puchong) - mangsa Tsunami Aceh (mereka tak pernah tahu rupa mak & ayah mereka =( ), *Yayaysan Noor Manzil (Puchong) - ada di antara anak disini dikelar tangan, disepak terajang, dan didera. *Kanak kanak Hydrocephalus (anak anak istimewa). <3, 9Bulan10Hari Siapa yang ada "problem" macam ni... =P Nasi putih panas sedikit lembik dengan ikan masin gelama masak berlada! fuh,,, bukan sepinggan dua.. tiga pinggan pun boleh habis... Makanan pantang bukan saja simple malah sangat sihat. Sebab tu ramai ibu ibu yang walaupun anak dah besar besar tapi kalau orang cakap pasal makanan pantang dia akan cakap "sedapnyeeee".... suami pun bole confused. & rahsia kenapa nenek nenek & makcik makcik kat kampung boleh kekal ceria, kuat & nampak muda ni sebab diorng bukan saja makan makanan macam ni masa pantang, tapi sekarang pun. Diorang lagi la... banyak akan kurangkan minyak dalam makanan. Ikan bakar, air sayur sawi masak lada... semua tu makanan sihat. Ni antara makanan pantang yang sedap & membuka selera! Ikan masin (gelama) masak lada. Bahan-bahannya : Ikan masin gelama di potong dadu Bawang merah Bawang putih (lebihkan) Black paper Olive oil Caranya : Goreng separuh ikan masin menggunakan olive oil dan angkat. Dalam kuali yang sama, tumis bawang merah, bawang putih.. Dah naik wangi tu masukkan ikan masin separuh masak tadi bersama sedikit lada. goreng goreng.... tadaaa... siap! =) <3, 9Bulan10Hari |
Nazira Nazir+ Penulis buku ArchivesCategories
All
|