18sx - ilmu kesihatan buat lelaki - Kecacatan pada sp*rma - punca keguguran & sukar 'melekat'.16/1/2017 Sihat di luar tak boleh jadi petanda di dalam pun kita sihat, terutamanya lelaki. Sebab lelaki ni selalu nampak bertenaga & kuat macam ultraman berbanding wanita yang sweet sweet macam sizuka.. hehe
Bila cakap ja pasal kemandulan, kesuburan & anak..... ramai yang ingat wanita saja perlu ambik tahu ilmu kehamilan & kelahiran & bukannya lelaki. Tak boleh la macam tu. Dua dua kena ambil tahu. Walaupun gejala kemandulan bagi lelaki susah nak kesan, tapi seseorang lelaki itu perlu sedar perkara ini, perkara di mana aktiviti & pemakanannya bukan saja boleh pengaruhi kualiti & kuantiti sp*rma tapi kesihatan & masa depan zuriatnya juga. Mesti rasa bersalah kan kalau kita tak dapat zuriat sebab sp*rma tak strong? Ujian sp*rma sangat penting. Cuba tengok gambar tu... mana satu sp*rma yang anda nak? mestilah yang punya kepala bujur, badan tengah dan ekor yang panjang kan..... Sperma yang tidak normal akan datang dalam pelbagai bentuk seperti kepala besar, kepala kecil, ekor bercabang dua, ekor pendek, ekor terbelit, ekor bergulung dan pelbagai bentuk lagi. Sp*rma macam ni yang sebenarnya susah untuk nak ke telur untuk bersenyawa.. Husband wife punyalah bersama, ikut semua tips & apa yang disuruh Allah, tapi berenang punya berenang, xsampai & terhenti.. rupanya sp*rma tak normal. Ya, Allah suruh kita usaha & Dia akan tolong kita. Usaha setakat bersama tak cukup, usaha berhenti merokok & tinggalkan life life yang tak sihat pun dituntut. Bilangan sp*rma normal biasanya boleh cecah sampai 40 juta. Walaupun berjuta juta sp*rma berenang ke destinasinya, hanya satu atau beberapa sp*rma yang sihat saja (kembar) yang berjaya sampai ke rahim. Apa punca dan bagaimana nak merawat sp*rma tak normal tanpa keluarkan duit? baca posting jam 3 petang ini. Like & share info & page 9bulan10hari untuk terus menjadi pasangan suami isteri awesome! =) Lagi tips buat suami isteri di dalam buku 9bulan10hari... Klik SHOP NOW di page 9bulan10harii ini atau PM kami untuk mendapatkan buku penuh tips & info exclusive ini... ada PROMOTION.. ==================================================== Copyright@Nazira Nazir buat 9bulan10hari sahaja! Tidak dibenarkan copy paste mana mana bahagian ayat kecuali diletakkan kredit asal penulisan 9bulan10hari. ==================================================== |
Nazira Nazir+ Penulis buku ArchivesCategories
All
|