"Tak perlulah mengarah, buat pandai dan menyibuk... Haziq tu anak saya.. Saya ada hak menyusu dia!"29/12/2016 Percaya atau tidak, rata rata wanita melalui keadaan stress disebabkan "ramai menyibuk' dan 'buat pandai' selain 'memaksa' !
Banyaklah! kalau dicerita satu persatu semuanya sedih... tak ada yang happy pun. Dari inbox 9bulan10hari kami mendengar & memberi free consultation... Dan jangan terkejut jika saya katakan 90% daripada mereka mengadu adalah mengenai mertua! Semoga kisah ini kita jadikan iktibar. Sarah, ibu muda yang mengandung bunting pelamin. Semua happy. Malangnya dalam tunjuk tunjuk happy pun banyak perkataan-perkataan menyakitkan Sarah dia terima. 'keciklah badan awak ni... boleh ke nak mengandung dengan selamat' haishhh... pelik sungguh.... Sarah pun confused... haritu masa lepas nikah semua sibuk suruh pregnant cepat ni dah pregnant complaint pasal badan pulak. Yang Sarah pelik sepanjang kehamilannya 9bulan 10hari mertua dan keluarganya suruh makan tembikai, kerang dan memakan makanan yang dilarang sepanjang kehamilan. Rakan sekerja dan sesiapa saja ada saja beri pelbagai tips yang Sarah rasa tak betul. Anda rasa orang suka tak bila ramai yang sibuk sibuk tunjuk pandai bagi macam macam tips? Sebaik melahirkan Haziq Sarah bertambah stress disebabkan dipaksa beri susu kambing kepada Haziq disebabkan Jaundis!. Bila Sarah beritahu bahawa tidak ada makanan lain selain susu ibu yang boleh diberikan kepada bayi sehingga 6 bulan, Sarah pula dimarah, katanya budak kecil tak tahu apa. Haziq bukan saja diberi susu kambing setiap hari malam dijemur di tengah panas pagi selama beberapa minit dengan alasan mengurangkan jaundis. Cuba anda bayangkan perasaan dan keadaan Sarah yang hanya mampu mendengar cakap cakap dan arahan mereka yang lebih hebat dari seorang doctor ini. Bila susu tak banyak disebabkan stress, Sarah dipaksa bagi susu formula. Haziq diarrhea, dan 'pakar pakar perubatan' tu cakap "biasalah tu.... benda baru.. lama lama akan ok" Saya percaya.... ramai wanita yang berdepan saat ini benar benar meluahkan segalanya kepada suami, tetapi tidak semua pasangan yang mampu menghalang cakap cakap mereka. Haziq meragam di tengah malam - Sarah dituduh menjadi punca sebab makan bukan bukan. Haziq tak pandai direct feeding - Sarah dituduh susunya tak sedap. Haziq tak naik berat badan - Sarah dikata transfer genetik kurus kepada Haziq. Paling menyedihkan Haziq yang baru 4 bulan diberi makan roti canai secara senyap senyap. Bila 'dapat tangkap', mertuanya menyalahkan Sarah tiada susu. Haziq muntah & diarhhea yang sangat teruk. Mana lah ada orang bagi baby makan roti. Sah sah benda tu susah hadam. Hanya Allah yang tahu bagaimana peritnya seorang wanita yang lalui semua ini. Semoga story ni akan buat kita berazam untuk jadi mertua yang baik untuk menantu menantu kita nanti =) exclusive dari inbox 9bulan10hari Penulis : Kalau benda ni sehari pun kita tak mampu, bayangkan Sarah melaluinya setiap hari sehingga bertahun. Dialah yang menguruskan anaknya dialah yang masak untuk keluarga yang besar dan mengemas rumah. Semoga semua wanita dijauhi daripada problem ni. |
Nazira Nazir+ Penulis buku ArchivesCategories
All
|