Apa pulak dah batu meriyan ni.. 2 hari lepas dok post pasal meroyan.. haha. Meriyan & meroyan tu ada kaitan jugak sebenarnya.
Ni ilmu yang sangat penting & wajib semua wanita ambil tahu. Batu meriyan ni adalah uterus/rahim atau bahagian peranakan wanita. Cuba tengok gambar kedudukan batu meriyan ni. Nampak tak G spot? tu lah batu meriyan... benda tu yang kena angkat balik letak kat kedudukan dia. Actually g spot (grafenberg spot) bukannya bahasa perubatan. Hehe... kepada yang tau pasal perkataan 'g spot' ni mesti dia ketawa. Org laki biasanya tau benda ni. Ish ish ish. . =P Tapi benda tulah antara yang dibetulkan. So g spot ni adalah bahagian yang sangat kecil berbanding rahim wanita, antara benda yang diangkat untuk membetulkan kedudukan selepas melahirkan anak. Ada 2 cara nak angkat batu meriyan ni : 1. Hospital - doktor akan buat lebih kurang cara sama macam ujian pap smear tu... tapi batu tu akan ditolak ke tempat asal dia menggunakan 2 jari. (haha... saya pesan siap siap... ngilu dia lain macam) =P 2. Rumah : Bidan ni hebat ooo... "haa... tu dia tu dia... dia nak naik dah tu... sikit lagi".. hehe.. tu cara bidan kampung.Batu meriyan ni dangkat dari luar ja, dari atas kulit perut. Diorng ada ilmu yang ramai tak tahu. (Alhamdulillah... penulis 9bulan10hari dah menuntut ilmu tu =) Kepada yang nak masukkan rahim ke tempat asal dia, mai sini saya buatkan =) Allah... sakitnya batu meriyan ni... dia macam combination sakit pelik pelik. Kalau contraction tu kita maybe sakit paling lama 2 hari sebelum bersalin kan.. tapi sakit batu meriyan ni bukan saja beberapa hari tapi dalam sejam tu kejap kejap dia datang, tambah tambah masa menyusu tu. Orang orang tua kata, batu meriyan ni dia akan menghantui si ibu mengikut jumlah anak dia... hehe... kalau anak dia 4 orang, maka tanggunglah sakit ni 4 hari... kalau anak dia 11 hari? fuh... Kenapa kena angkat? Masa kita lahirkan anak, peranakan wanita (batu meriyan) jatuh... so proses berpantang ni termasuk sekali lah dengan penyembuhan rahim ni. Bab bab angkat & betulkan kedudukan batu meriyan ni bukan semua yang tahu. Jangan pandai pandai angkat sendiri sudah, takut terangkat benda lain. hehe... =P Bila dibiar jatuh batu meriyan ni... tu yang jadi punca meroyan tu. Nampak tak kaitan dia?Jangan ambik mudah benda ni. Tempoh pantang warisan melayu ni dah cukup terbaik dah, saling melengkapi. Yang wujudnya tungku dalam syarat berpantang adat melayu ni untuk kecutkan batu meriyan tulah selain sembuhkan luka luka dalaman yang lain. Menyusu ibu secara kerap pun membantu rahim kecut dengan cepat. Syokkan pantang... rugi kalau tak pantang betul betul =) Like & share info & page 9bulan10hari untuk terus menjadi isteri dan ibu awesome! =) Dapatkan buku 9bulan10hari jika anda ingin dikurniakan zuriat yang hebat pemikiran & akhlaknya =) Banyak tips di situ... KLIK SHOP NOW di facebook page 9bulan10hari untuk memiliki buku penuh info dan tips ini. ==================================================== Copyright@Nazira Nazir buat 9bulan10hari sahaja! Tidak dibenarkan copy paste mana mana bahagian ayat kecuali diletakkan kredit asal penulisan 9bulan10hari. ==================================================== |
Nazira Nazir+ Penulis buku ArchivesCategories
All
|