Kisah benar : Alkisahnya, ada sorang wanita ni dah keluar tanda kelahiran, air ketuban pecah. So husband dia pun bawa ke hospital.
Bila sampai di hospital, doktor Ain suruh mommy ni tukar baju sebab doktor nak check bukaan cm... time tu baru 3cm... Doktor pun buatlah kerja kerja check jantung baby & proses proses sebelum bersalin sebab dah 4 jam air ketuban pecah... Tup tup doktor kena sound. "doktor tau buat kerja ke tak ni... saya datang bukan nak checkup!".. sentap doktor tau... kesian doktor... so doktor pun diam... sebab dia faham sakit contraction ni memang tak boleh kawal... So bila dah masuk labour room.. masa tu 5cm.. doctor bagi kurma & air zam zam (baik doktor Ain ni... saya tak sure tempat anda camna)... masa contraction semakin kerap, doctor kena marah lagi. "Apa yang doktor buat sampai saya sakit macam ni"?kesian doktor... Masa dah 10cm & baby dah bg signal nak kluar, doktor suruh mommy ni letak entonox untuk kurangkan rasa sakit.... sekali lagi doktor kena sound... "aku bukan sesak nafas... kenapa bagi aku benda ni"... Doktor pesan suruh sedut entonox... dia taknak... Doktor pesan jangan angkat punggung... dia angkat... Doktor pesan jangan jerit... dia jerit... Doktor pesan push time contraction saja tapi dia push ikut suka hati... Bila doktor Ain mendekati patient ini dan cuba tenangkannya, dia genggam lengan doktor Ain dengan kuatnya sehingga lebam dan tercalar teruk. & finally, masa meneran mommy ni mengalami koyak yang sangat teruk sehingga ke dubur. Kenapa doktor buat semua tu? 1. Ketika 3cm doktor check keadaan dan jantung baby - sebab air ketuban dan lama pecah so doctor tolong bukakan cm. - Kalaulah mommy ni ada ilmu urutan perineum, ilmu 'bersama' sebelum deliver, ilmu berenang & senaman kegel mesti tak jadi macam ni. 2. Doktor bagi kurma & air zam zam sebab nak bantu ibu ni ada tenaga ketika push nanti. Kalaulah mommy ni tahu sebelum bersalin kena makan secukupnya untuk bersalin mesti dia tak lemah seawal sebelum 5cm lagi. 3. Doktor bagi Entonox, sejenis gas yang berfungsi untuk kurangkan sakit mommy ketika bersalin. Caranya, perlu sedut sedalamnya gas ini menggunakan mask khas. Kalaulah mommy ni tahu itu adalah ubat tahan sakit dan bukannya gas oksigen semata mata, mesti dia tak sakit macam tu. 4. Jerit dengan kuat dan lama boleh hilangkan tenaga. Push hanya perlu dilakukan ketika contraction saja.... sebab masa tu baby pun akan turut sama cuba untuk keluar. Kalaulah mommy tu ada semua ilmu ni... surely dia takkan buat kesilapan yang menyebabkan bukan saja dia yang susah... tapi suami & anaknya juga. Disebabkan kurang ilmu kehamilan & kelahiran ni, mommy ni berpantang dengan sangat stress sebab luka lambat sembuh, susu taknak keluar(tersumbat), badan seram sejuk sebab langgar pantang(bentan). Selain tu, wanita ini disahkan meroyan kerana sering mencederakan anaknya menggunakan benda tajam. Kesihatan, masa depan & attitude seorang wanita banyak bergantung seawal kehamilannya. Kalau dia gagal lalui semua hormone changes ini dengan successnya.. bukan saja chances untuk MEROYAN tinggi malah ia sangat beri impak kepada hubungannya dengan suami, anak anak, keluarga & masyarakat. Banyak ilmu yang ramai wanita terlepas pandang. Rugi kalau kita tak membaca & tak jaga. Sebab tu penulis kongsikan semua ilmu yang wajib setiap bakal ibu dan ayah perlu tahu seawal mencari pasangan, kehamilan, kelahiran, berpantang dan menyusu dalam buku kehamilan & kelahiran 9bulan10hari.. Kesian doktor, dia cuba nak tolong kita, niatnya baik. Bantulah diri kita untuk kita bantunya bantu kita. InsyaAllah Allah akan mudahkan perjalanan anda bergelar ibu yang hebat, Fikir yang baik baik, buat yang baik baik... segalanya akan baik baik saja =) Like page 9bulan10hari jika anda sukakan ilmu ilmu kehamilan & kelahiran. Share & tag info ini jika anda takut adik dan keluarga anda lalui problem seperti wanita ini. Dapatkan buku dan dokumentari exclusive 9bulan10hari jika anda ingin berdepan saat kehamilan dan kelahiran tanpa kesengsaraan. ==================================================== Copyright@Nazira Nazir buat 9bulan10hari sahaja! Tidak dibenarkan copy paste mana mana bahagian ayat kecuali diletakkan kredit asal penulisan 9bulan10hari. ==================================================== |
Nazira Nazir+ Penulis buku ArchivesCategories
All
|